13 Disember 2024

UNIT UKURAN : UNIT RANTAI DAN LING ( CHAIN & LINK )

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

UNIT RANTAI DAN LING ( CHAIN & LINK )

Kepada yang masih keliru atau tak tahu. Unit bagi jarak panjang & lebar garisan sempadan tanah yang ditulis di dalam pelan geran tanah dan pelan PA ( baru ) serta pelan CP ( lama ) hanya dalam 2 unit sahaja. Dalam pelan yang lama unit Link ( atau Ling ). Dan dalam pelan yang baru unit Meter. Dalam pelan tanah tak ada lain unit yang digunakan kecuali yang 2 ini sahaja.

SOALAN : Apakah sebenarnya unit Ling ini dan apakah alat ukuran yang digunakan untuk mengukur jarak tanah pada waktu dahulu.

JAWAPAN : Satu rantai besi panjang yang terdapat 100 sambungan. Setiap 1 sambungan itulah berjarak 1 ling dan setiap 100 sambungan pula berjarak 1 Rantai ( atau Chain )

Sila rujuk foto lampiran.....





Teruskan membaca untuk mengetahui cara dan formula yang betul untuk menukar nilai jarak dalam unit Rantai & Ling kepada unit 'meter' dan 'kaki'


CARA TUKAR JARAK DALAM RANTAI DAN LING



Setelah kita tahu bahawa jarak tanah yang di ukur menggunakan alat rantai yang mempunyai 100 sambungan ( Ling @ link ) akan ditulis sebagai unit Rantai ( Chain ) dan Ling ( link ) di dalam pelan tanah yang lama bagaimana caranya kita boleh menukar unit lama ini kepada unit jarak yang lebih biasa kita gunakan pada waktu sekarang iaitu METER & KAKI.

FORMULA ASAS

1 Rantai = 100 ling

1 Rantai = 20.1168 meter

1 Rantai = 66 kaki

1 Ling = 0.201168 meter

1 Ling = 0.66 kaki

Dengan merujuk pada foto contoh di atas penulis akan tukarkan jarak lama dalam unit Ling ini kepada jarak dalam unit Meter & Kaki  

1.)     Bearing 60° 45' 30"  Jarak 1059.57 ling

1059.57 ling X 0.201168 = 213.15 meter

1059.57 ling X 0.66 = 699.3 kaki 

 

2.)    Bearing 147° 30' 00" Jarak 1133.80 ling

1133.80 X 0.201168 = 228.08 meter

1133.80 X 0.66 = 748.3 kaki


3.)     Bearing 237° 42' 30" Jarak 934.18 ling

934.18 X 0.201168 = 187.93 meter

934.18 X 0.66 = 616.6 kaki


Harap entri ini dapat dijadikan sebagai panduan dan contoh untuk anda belajar cara yang betul membuat tukaran nilai persamaan bagi jarak dalam unit Rantai & Ling kepada jarak dalam unit yang lebih banyak digunakan pada waktu sekarang iaitu 'meter' & 'kaki'.


SEKIAN DAHULU UNTUK KALI INI

TERIMA KASIH

( DAN JANGAN LUPA )

SHARING IS CARING