Sabtu, 29 Jun 2024

PECAH BAHAGIAN : MENGIRA LUAS TANAH SEBENAR BAHAGIAN MASING-MASING DALAM GERAN BERKONGSI HAKMILIK

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



( updated 2024 )

Di dalam dokumen geran tanah atau sijil carian rasmi mahupun carian persendirian yang membabitkan lot tanah yang ada banyak pemilik, keluasan tanah setiap pemilik akan ditulis dalam format pecahan bahagian. Walau pun lot tanah tersebut hanya mempunyai 1 pemilik sahaja luas tanah yang menjadi hakmiliknya tetap juga akan ditulis secara pecahan bahagian. Keluasan tanah tidak ditulis dengan nilai luas tanah sebenar dalam unit Hektar, Ekar, Relung, meter persegi atau kaki persegi.


Contohnya :-

1.) Lot tanah luas 2 ekar dengan 1 pemilik sahaja

Luas hakmilik akan ditulis sebagai : ( 1/1 ) bahagian

 
2.) Lot tanah luas 2 ekar dengan 4 pemilik berkongsi

Luas pemilik A ( 1 ekar ) ditulis : ( 1/2 ) bahagian

Luas pemilik B ( ½ ekar ) ditulis : ( 1/4 ) bahagian

Luas pemilik C ( ¼ ekar ) ditulis : ( 1/8 ) bahagian

Luas pemilik D ( ¼ ekar ) ditulis : ( 1/8 ) bahagian
 

Untuk mengetahui keluasan tanah sebenar setiap pemilik dalam unit luas yang tertentu, perlulah dikira secara kiraan matematik mudah dengan formula asas begini :

( Luas BAHAGIAN ) x ( Luas LOT )



-------------------------------------------------



Rujuk fakta dalam foto lampiran ( 1 ) di atas
( klik foto untuk zoom pembesaran )

-------------------------------------------------


( LUAS LOT ) 

Luas lot 4104 yang ditulis dalam geran tanah adalah : 1.0345 Hektar

FORMULA PERSAMAAN NILAI LUAS TANAH

( 1 Hektar =  2.471 ekar = 10,000 mp = 107,639 kp )


Maka luas LOT 4104 dalam unit lain adalah :

Dalam unit EKAR : 
( 1.0345 hek ) X ( 2.471 ) 
= 2.556 Ekar

Dalam unit METER PERSEGI ( mp ) : 
( 1.0345 hek ) X ( 10,000 ) 
= 10,345 mp

Dalam unit KAKI PERSEGI ( kp ) : 
( 1.0345 hek ) X ( 107,639 ) 
= 111,353 kp

-------------------------------------------------

Sekarang rujuk pula pada fakta hakmilik
tanah tersebut dalam foto lampiran ( 2 ) di bawah.
-------------------------------------------------


Fakta dalam foto lampiran ( 2 )
( klik foto untuk zoom pembesaran )

---------------------------------------------

NOTA:-

Di dalam setiap dokumen Geran Tanah atau pun sijil Carian Rasmi atau Carian Persendirian, bahagian mukasurat ke 2 adalah merujuk kepada butiran maklumat rekod KETUAN PUNYAAN atau pun HAKMILIK ke atas tanah tersebut. Nama setiap pemilik tanah akan ditulis beserta dengan luas bahagian yang menjadi hakmiliknya dalam unit pecahan matematik.

Dengan tersiarnya artikel ini, harapan penulis para pembaca akan faham cara kiraan yang betul untuk mengira luas tanah bahagian masing-masing. Dan selepas ini penulis tidak akan melayan dan menjawab lagi sebarang pertanyaan daripada sesiapa pun yang minta penulis tolong kirakan luas tanah bahagian yang menjadi hak milik mereka.

---------------------------------------------

( LUAS BAHAGIAN )

Butiran hakmilik tanah Lot 4104 adalah seperti berikut :

Pemilik ( 1 ) :         ( 249 / 1636 ) bahagian

Pemilik ( 2 ) :        ( 498 / 1636 ) bahagian

Pemilik ( 3 ) :        ( 249 / 1636 ) bahagian

Pemilik ( 4 ) :       ( 32 / 409 ) bahagian

Pemilik ( 5 ) :        ( 32 / 409 ) bahagian

Pemilik ( 6 ) :        ( 32 / 409 ) bahagian

Pemilik ( 7 ) :        ( 32 / 409 ) bahagian

Pemilik ( 8 ) :        ( 32 / 409 ) bahagian

---------------------------------------------------

CARA MENGIRA LUAS TANAH SEBENAR 

( Luas BAHAGIAN ) X ( Luas LOT )


1.) Luas tanah sebenar Pemilik 1 :  ( 249 / 1636 ) bahagian

a.) Dalam unit  HEKTAR :
( 249 bahagian 1636 ) darapkan ( 1.0345 hektar
= 0.1574 hektar

b.) Dalam unit  EKAR :
( 249 bahagian 1636 ) darapkan ( 2.556 ekar
= 0.389 ekar

c.) Dalam unit  METER PERSEGI ( mp ) :
( 249 bahagian 1636 ) darapkan ( 10,345 mp 
= 1,574.5 meter persegi

d.) Dalam unit  KAKI PERSEGI ( kp ) :
( 249 bahagian 1636 ) darapkan ( 111,353 kp
= 16,948 kaki persegi


2.) Luas tanah sebenar Pemilik 8 :  (32 / 409) bahagian

a.) Dalam HEKTAR
( 32 / 409 ) x ( 1.0345 hektar
= 0.0809 hektar

b.) Dalam EKAR
( 32 / 409 ) x ( 2.556 ekar
= 0.1999 ekar

c.) Dalam METER PERSEGI 
( 32 / 409 ) x ( 10,345 mp  ) 
= 809.4 meter persegi

d.) Dalam KAKI PERSEGI 
( 32 / 409 ) x ( 111,353 kp
= 8,712 kaki persegi

---------------------------------------------


Berpandukan kepada contoh kiraan luas sebenar bahagian tanah bagi Pemilik ( 1 ) & ( 8 ) di atas, cubalah anda kira pula luas sebenar bahagian tanah yang menjadi hak milik kepada pemilik-pemilik yang lain bagi Lot 4104 tersebut.

Jika anda faham cara mengira dan menggunakan formula serta pertukaran nilai dari satu unit ke unit luas yang lain yang betul seperti yang telah ditunjukkan dalam contoh pengiraan di atas, pasti anda akan mendapati bahawa tidak sukar untuk membuat pengiraan untuk mendapatkan nilai sebenar luas setiap bahagian tersebut.

Tetapi jika anda masih tak faham maka anda perlu ulangi membaca artikel ini dan buat latihan pengiraan berulang kali sehingga anda faham dan dapat jawapan yang sama dengan apa yang telah ditunjukkan di atas.

Berusahalah... ya

Sekian dahulu untuk kali ini semoga kita berjumpa lagi di lain-lain topik yang masih lagi berkenaan Ukur Tanah dan juga Lot Tanah pada masa hadapan.

----------------------------------------------

Sebarang pertanyaan mengenai pengiraan, penjelasan lanjut, perkhidmatan ukur tanah atau berminat nak dapatkan sebutharga ukur tanah, kirim saja melalui mesej aplikasi WhatsApp 

< Klik butang bawah >


----------------------------------------------


Dan bagi yang nak dapatkan sebutharga kerja ukur tanah, untuk lebih faham cara berurusan, senarai maklumat dan dokumen yang diperlukan serta anggaran harga boleh baca dan buat semak dalam artikel yang telah disediakan melalui pautan dibawah 

< klik bawah >



----------------------- Jurukur Tanah Klang @ 2024 --------------------