Apabila timbul perkara yang memerlukan dokumen ini
barulah dicari di sana sini. Banyak juga kes dokumen geran tanah hanya
diketemui selepas pemilik tanah telah meninggal dunia sewaktu anak isterinya
memperkemaskan barang-barang yang pernah menjadi milik si mati. Sewaktu sibuk
mengumpul dan memperkemaskan barang-barang si mati tiba-tiba baru ditemui dan
baru disedari rupa rupanya si mati ada mempunyai hakmilik tanah yang tidak
pernah diberitahu kepada anak isterinya sewaktu dia masih hidup.
Ada juga yang hanya mencari selepas rumah mereka
ditenggelami banjir kilat yang tidak pernah terjadi sebelum itu.
Sama seperti dokumen lain, dokumen geran tanah ini
juga boleh berisiko rosak atau hilang walaupun hanya dalam waktu simpanan. Mungkin
bagi segelintir orang yang sedar akan kepentingannya dan mempunyai kemampuan
akan menyimpan dokumen geran tanah yang asal di dalam peti besi keselamatan
samada di rumah sendiri atau pun dimana-mana peti besi simpanan di dalam bank.
Tetapi bagi ramai pemilik tanah yang dari kalangan orang biasa-biasa sahaja,
biasanya dokumen ini hanya disimpan di dalam almari pakaian sahaja.
Selagi tak ada keperluan selagi itulah dokumen
geran tanah ini hanya tersimpan tanpa dipedulikan. Apabila diperlukan barulah
dicari dan waktu ditemui baru sedar dokumen tersebut telah pun rosak akibat
dimakan lipas atau anai-anai atau telah hancur reput akibat diletakkan ditempat
yang tidak sesuai.
Mungkin ada yang tahu tapi mungkin juga ada yang
tidak tahu sama seperti lain-lain dokumen hakmilik seperti geran kereta, geran
rumah, kad pengenalan atau sijil surat beranak dan lain-lain, dokumen geran
tanah ini juga boleh diperbaharui dengan dokumen yang baru bagi menggantikan
dokumen asal yang telah rosak atau hilang di Pejabat Tanah Daerah. Tetapi
perlulah dibuat satu laporan polis terlebih dahulu kemudian dapatkan pula 1
salinan sijil carian rasmi bagi mengesahkan bahawa namanya adalah sah sebagai
pemilik tanah yang disebut dalam laporan polis tersebut.
Selain daripada laporan polis dan sijil carian
rasmi pemilik tanah juga perlu bawa 1 salinan kad pengenalan depan dan belakang
serta 1 salinan resit bayaran cukai tanah terkini yang telah dijelaskan. Bagi
pemilik tanah yang telah meninggal dunia pula, selain laporan polis pewaris
juga perlu membawa 1 salinan sijil kematian serta sijil beranak pewaris.
Anda boleh semak senarai dokumen yang perlu dibawa daripada foto contoh ‘Borang Permohonan Memperbaharui Hakmilik Hilang / Rosak’ di bahagian atas artikel ini.
Selain dari dokumen lampiran yang perlu dibawa
jangan lupa bawa juga duit untuk bayaran bagi mendapatkan geran tanah ganti
yang baru.
Jika geran tanah rosak : RM 120 & RM 10 untuk
drafting
Jika geran tanah hilang : RM 400 & RM 10 untuk
drafting
Maaflah tak ada yang percuma. Jika anda berasa rugi
sebab kena bayar kos tinggi untuk dapatkan geran tanah ganti maka jagalah dan
simpanlah geran tanah yang anda miliki dengan cara yang lebih baik dan lebih
selamat.
___________________________________________
Seperti biasa jika anda ada keperluan
untuk membuat apa-apa urusan ukur tanah ke atas tanah anda bolehlah hubungi
kami melalui saluran yang telah diberikan disini. Untuk lebih mudah kirim
sahaja pertanyaan tersebut melalui telefon dengan kiriman mesej melalui
aplikasi WhatsApp ke nombor :
( Klik nombor di bawah )
Sekian dahulu untuk kali ini.