Jumaat, 17 Mac 2023

PERKHIDMATAN JURUKUR TANAH KLANG : UKUR BUTIRAN

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


( Foto contoh Pelan Ukur Butiran yang biasa dibuat dan disediakan )

Kerja Ukur Butiran @ Detail Survey dijalankan adalah bagi merekodkan butiran setiap ‘benda kekal’ yang terdapat di atas atau di dalam tanah satu kawasan tertentu yang akan dilukis dan ditunjukkan dalam satu pelan ukuran butiran.

Takrifan ‘benda kekal’ ini adalah seperti rumah kediaman, bangunan, jalan, pagar, parit saliran, tiang-tiang letrik, telefon atau lampu, paip-paip air atau utility lain, paip pembentung, kolam atau tangki air, tebing sungai, tembok batu, kabel-kabel letrik atau komunikasi dibawah tanah malahan jenis-jenis pokok tertentu serta papan-papan tanda jalan atau papan iklan dan bermacam macam lagi benda lain yang perlukan pengukuran untuk diketahui kedudukan serta saiz sebenar benda tersebut. Benda-benda yang perlu diukur juga bergantung kepada keperluan tujuan sesuatu kerja ukur tersebut perlu dibuat.

Dari pengukuran di lokasi, data-data ukur akan dilukis ditunjukkan pula di dalam pelan. Dari pelan ukuran butiran yang telah disediakan perancangan bagi pembangunan dapat dibuat dengan lebih mudah dan tepat.

Keterangan di atas hanyalah sekadar penerangan ringkas salah satu bidang kerja ukur yang dibuat oleh kami. Untuk penjelasan lebih lanjut berkenaan kerja ukur butiran ini anda bolehlah menghubungi kami.

_____________________________________________

Seperti biasa jika anda ada keperluan untuk membuat apa-apa urusan ukur tanah ke atas tanah anda bolehlah hubungi kami melalui saluran yang telah diberikan disini. Untuk lebih mudah kirim sahaja pertanyaan tersebut melalui telefon dengan kiriman mesej melalui aplikasi WhatsApp ke nombor :

( Klik nombor di bawah )

 

012-3949064


--------------------------------------------------------------

Jurukur Tanah Klang @ 2023

#jurukurtanah

#jurukurtanahbagan

#jurukurtanahklang

#jurukurtanahdiklang

#jurukurtanahdiselangor

#baganbeachboy


Jumaat, 10 Mac 2023

PERKHIDMATAN JURUKUR TANAH KLANG : UKUR DEMARKASI TANDA SEMPADAN LOT

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


( Atas : Contoh maklumat lot dalam Pelan PA )


( Bawah : Pandangan lot dari Google )

Kerja ‘Ukur Demarkasi’ adalah merupakan salah satu kerja ukur berkelas pertama dalam bidang kerja ‘Ukur Kadastral’. Ukuran demarkasi dibuat bagi menandakan semula sempadan lot atau bagi mengesahkan sempadan lot.

Dalam bidang kerja ukur kadastral, ukur demarkasi lebih sering disebut sebagai kerja ‘cari batu’. Manakala bagi kerja ‘Ukur Halus’ pula adalah kerja ‘tanam batu’. Pihak kerajaan melalui Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia ( JUPEM ) atau pun pihak Jurukur Tanah Berlesen ( LS ) yang dilantik akan membuat kerja tanam batu sempadan apabila satu lot tanah itu diluluskan penerbitannya. Selain daripada menanam batu sempadan untuk lot tersebut, satu ‘Pelan Diperakui’ ( PA ) juga akan dikeluarkan dan didaftarkan sebagai pelan rujukan yang sah bagi lot tersebut. Nombor rujukan pelan PA bagi setiap lot akan ditulis masuk di dalam dokumen geran tanah lot tersebut.

Method kerja Ukur Demarkasi ini adalah jurukur tanah akan mencari semula batu sempadan yang telah ditanam oleh kerajaan dengan rujukan kepada pelan PA yang telah didaftarkan untuk lot tersebut. Jikalau tidak jumpa atau sudah hilang barulah jurukur tanah akan menandakan semula batu sempadan lot tersebut dengan tanda yang baru. Kerja ukur akan dimulakan dengan mencari batu sempadan lot berdekatan yang masih lagi dalam ‘keadaan baik’ untuk dijadikan sebagai datum titik permulaan. Maksud ‘keadaan baik’ adalah batu sempadan tersebut masih dalam keadaan sempurna tidak rosak, jarak dan bearing di antara 2 hingga 3 batu sempadan tersebut masih lagi dalam toleran yang dibenarkan seperti yang ditulis dalam pelan PA. Daripada batu sempadan yang dijumpai itu barulah jurukur tanah akan membuat pengiraan dan seterusnya mencari serta menandakan semula batu sempadan lot yang perlu diukur.

Ukur demarkasi ini diperlukan apabila pemilik tanah lot tersebut tidak tahu dimanakah sempadan tanahnya yang sebenar. Apabila pemilik tanah mahu mengorek parit, memasang pagar, membuat jalan atau membina rumah, sempadan tanah yang sebenar perlulah ditandakan dan disahkan terlebih dahulu bagi mengelakkan terjadinya perlanggaran sempadan dengan lot bersebelahan. Biasanya jika hanya untuk kegunaan sendiri kerja ukur demarkasi ini hanya dibuat kerja ukur penandaan di atas tanah sahaja. Tetapi jika membabitkan apa-apa permohonan rasmi atau sebagai satu syarat dalam urusan jual beli tanah, satu pelan ukur demarkasi pengesahan sempadan lot akan dilukis dan dikeluarkan selepas kerja ukur di atas tanah disiapkan. Dalam pelan ukur demarkasi selain daripada tarikh kerja ukur dibuat, jarak & bearing setiap garisan sempadan, jenis-jenis tanda sempadan lot juga akan ditulis ditunjukkan di dalam pelan tersebut. Jika diminta oleh pemilik tanah, satu foto bagi setiap batu sempadan juga akan diletakkan di dalam pelan tersebut untuk menunjukkan keadaan serta kedudukan sebenar dan membuktikan satu kerja ukur bagi penandaan sempadan lot tersebut telah pun dibuat.

___________________________________________

Seperti biasa jika anda ada keperluan untuk membuat apa-apa urusan ukur tanah ke atas tanah anda bolehlah hubungi kami melalui saluran yang telah diberikan disini. Untuk lebih mudah kirim sahaja pertanyaan tersebut melalui telefon dengan kiriman mesej melalui aplikasi WhatsApp ke nombor :

( Klik nombor di bawah )


012-3949064


 --------------------------------------------------------------

Jurukur Tanah Klang @ 2023

#jurukurtanah

#jurukurtanahbagan

#jurukurtanahklang

#jurukurtanahdiklang

#jurukurtanahdiselangor

#baganbeachboy


PERKHIDMATAN JURUKUR TANAH KLANG : UKUR TOPOGRAFI

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Kerja ‘Ukur Topografi’ merupakan kerja ukur bagi merekodkan aras ketinggian tanah mana-mana kawasan yang perlu di ukur. Bagi projek pembangunan seperti pembinaan jalanraya, jalan keretapi, projek pembinaan empangan atau pun pembinaan kawasan perumahan kerja ukur topografi perlulah dibuat terlebih dahulu untuk perancangan guna tanah dan kesesuaian pembinaan bagi projek berkenaan.

Dari ukuran topografi tinggi rendah tanah di kawasan terlibat akan direkodkan dan ditunjukkan dalam satu pelan atau peta topografi. Ketinggian dan bentuk sebenar keadaan mukabumi kawasan berkenaan akan ditunjukkan dalam bentuk garisan yang dinamakan sebagai garisan kontor. Jumlah garisan kontor yang akan ditunjukkan adalah bergantung kepada perbezaan tinggi tanah kawasan yang terlibat. Secara asasnya garisan kontor yang akan ditunjukkan adalah dalam 2 jenis garisan iaitu ‘kecil dan besar’ atau ‘major dan minor’. Garisan minor adalah bagi beza tinggi yang kecil seperti setiap 1 meter satu garisan manakala garisan major pula adalah bagi beza tinggi yang lebih besar seperti setiap 5 atau 10 meter satu garisan. Garisan minor akan berada di antara garisan major. Sebagai contoh, bagi ketinggian di antara 0 hingga 10 meter, garisan major akan dilukis bagi ketinggian setiap 5 meter bermula dengan ketinggian 0m , 5m & 10m. Garisan minor pula akan dilukis untuk beza tinggi setiap 1 meter bermula dengan 1m, 2m, 3m, 4m, 6m, 7m, 8m dan 9m. Apabila selang garisan kontor berada jauh serta tidak banyak ini menunjukkan tanah tersebut landai tetapi jika selang garisan kontor berada rapat dan banyak ini pula bermaksud kawasan tersebut berbukit. Sila rujuk foto lampiran untuk faham.

Ukuran topografi penting bagi perancangan guna tanah dan kesesuaian pembinaan tak kiralah bagi projek besar atau kecil. Contohnya, satu tanah lot yang terletak di lereng bukit atau kawasan yang tidak rata jika pemilik tanah ingin membina sebuah rumah atau bangunan dengan adanya pelan topografi pihak jurutera dan arkitek dapat mencadangkan bentuk, kedudukan serta kesesuaian jenis kediaman yang boleh dibina di tapak tanah. Perancangan guna tanah dapat dibuat bagi pengaliran air hujan atau peparitan bagi mengelakkan kerja tambahan seperti menambak atau memotong tanah asal yang pastinya akan melibatkan kos tambahan bagi kerja penyediaan tapak rumah atau bangunan tersebut. Bentuk serta ketinggian lantai rumah atau bangunan dapat diselaraskan dengan bentuk serta ketinggian tanah asal lot tersebut. Dengan perancangan yang bersesuaian dengan keadaan asal sudah pasti kos bagi pembinaan dapat dijimatkan. 

Bagi tanah pertanian yang terletak di kawasan berbukit, dengan ukuran topografi teres-teres bagi tanaman, parit untuk saliran serta jalan keluar masuk dapat dibuat perancangan di tempat yang lebih sesuai bagi memudahkan aktiviti pertanian. Produktiviti dapat dipertingkatkan dan kos pengurusan serta selenggaraan dapat dikurangkan. 



CIRI-CIRI GARISAN KONTOR DALAM PELAN / PETA TOPOGRAFI

Seperti biasa jika anda ada keperluan untuk membuat apa-apa urusan ukur tanah ke atas tanah anda bolehlah hubungi kami melalui saluran yang telah diberikan disini. Untuk lebih mudah kirim sahaja pertanyaan tersebut melalui telefon dengan kiriman mesej melalui aplikasi WhatsApp ke nombor :

( Klik nombor di bawah )


012-3949064

 

----------------------------------------------------------


Jurukur Tanah Klang @ 2023

#jurukurtanah

#jurukurtanahbagan

#jurukurtanahklang

#jurukurtanahdiklang

#jurukurtanahdiselangor

#baganbeachboy