Isnin, 20 Mac 2023

UNIT UKURAN JARAK DAN LUAS TANAH




UNIT UKURAN JARAK DAN LUAS TANAH
( BAHAGIAN 1 )

Artikel ini adalah satu senarai unit pertukaran atau "conversion" untuk mengira nilai persamaan bagi jarak dan luas tanah dari satu unit ke unit yang lain. Contohnya untuk menukar jarak dari METER kepada KAKI atau menukar luas dari EKAR kepada KAKI PERSEGI.

Unit-unit pertukaran yang ditunjukkan disini adalah unit-unit ukuran yang biasa digunakan di dalam pelan ukuran tanah terutama sekali di dalam 'Pelan Diperakui' ( PA ) atau 'Certified Plan' ( CP ) keluaran Jabatan Ukur & Pemetaan Malaysia ( JUPEM ).

Apa yang perlu dibuat adalah baca dan ketahui nilai persamaan antara 2 unit yang mahu ditukar nilai kemudian buat kiraan mengikut contoh yang telah disediakan di bahagian bawah artikel ini.

Bagi jarak panjang, lebar dan jauh untuk tanah, unit yang biasa digunapakai dalam pelan tanah lama adalah dalam unit LING dan RANTAI. Manakala bagi luas tanah pula unit yang biasa digunapakai dalam pelan tanah lama adalah bergantung kepada lokasi serta negeri. Di lokasi tanah pertanian dan negeri seperti Kedah, Perlis dan Pulau Pinang unit luas yang digunakan adalah RELUNG dan JEMPA. Negeri Kelantan pula menggunakan unit EKAR dan DEPA. Tetapi bagi kebanyakan negeri lain unit luas tanah yang biasa digunakan adalah HEKTAR dan EKAR.

---------------------------------------------------------------------


( KLIK FOTO UNTUK BESARKAN ATAU MUAT TURUN )


UNIT UKURAN UNTUK JARAK TANAH

Unit jarak yang biasa digunakan :

1 kaki ( bersamaan dengan ) 0.3048 meter
1 meter ( bersamaan dengan ) 3.28084 kaki
1 Ling ( bersamaan dengan ) 0.201168 meter
1 Ling ( bersamaan dengan ) 0.66 kaki
1 rantai ( bersamaan dengan ) 100 Ling
1 rantai ( bersamaan dengan ) 20.1168 meter
1 rantai ( bersamaan dengan ) 66 kaki


Unit jarak yang lain :

1 kaki = 12 inci
1 meter = 1.094 ela = 3 kaki 3 inci
1 ela = 0.9144 meter
1 ela = 3 kaki
1 kilometer = 3281 kaki = 1000 meter
1 kilometer = 0.6214 batu
1 batu = 1.609 kilometer
1 batu nautika = 1.1508 batu = 1.852 kilometer
1 relung = 176 kaki = 53.642 meter
1 pole = 5.0292 meter
1 rantai = 4 pole
1 furlong = 10 rantai
1 jengkal = 0.5 hasta
1 hasta = 0.5 ela
1 depa = 4 hasta = 2 ela
1 depa = 6 kaki = 1.8288 meter
1 jempa = 8 kaki
1 jumba = 2 depa = 12 kaki
1 orlong = 20 jumba

-------------------------------------------------------------------------


( KLIK FOTO UNTUK BESARKAN ATAU MUAT TURUN )


UNIT UKURAN UNTUK LUAS TANAH

Unit luas yang biasa digunakan :

1 meter persegi ( mp ) = 10.764 kaki persegi ( kp )
1 kaki persegi (kp) = 0.0929 meter persegi ( mp )
1 Ekar = 4,046.86 mp
1 Ekar = 43,560 kp
1 Ekar = 1,210 depa
1 Hektar = 2.471 ekar
1 Hektar = 10,000 mp
1 Hektar = 107,640 kp
1 Relung = 0.7111 ekar
1 Relung = 484 jempa


Unit luas yang lain :

1 relung = 2,877.72 mp
1 relung = 30,976.6 kp
1 relung = 0.288 hektar = 0.7111 ekar
1 relung = 484 jempa
1 jempa = 64 kp = 5.946 mp
1 ekar = 1.406 relung = 0.404686 hektar
1 ekar = 4,046.86 mp
1 ekar = 43,560 kp
1 ekar = 10 rantai
1 ekar = 1,210 depa
1 ekar = 4 Rood = 160 pole / rod / perch
1 hektar = 10,000 mp
1 hektar = 3.475 relung = 2.471 ekar
1 hektar = 107,640 kp
1 kilometer persegi = 1,000,000 mp
1 kilometer persegi = 100 hektar = 247.105 ekar
1 rantai persegi = 404.686 mp
1 rantai persegi = 4,356 kaki persegi = 0.1 ekar
1 Rood = 0.25 ekar = 1/4 ekar
1 Rood = 1,011.71 mp = 10,890 kp
1 Rood = 40 pole / rod / perch
1 pole = 1 rod = 1 perch
1 pole = 0.025 Rood = 0.00625 ekar
1 pole = 1/40 Rood
1 pole = 25.293 mp = 272.25 kp
1 depa persegi = 36 kp
1 depa persegi = 3.3445 mp

---------------------------------------------------------------------------------------


Sekarang anda boleh cuba kira sendiri dengan formula yang telah diberikan di atas. Kemudian guna kalkulator aplikasi di atas untuk semak jawapan samada betul atau salah. Kalau salah teruskan membaca lagi sebab di bawah ada penulis tunjukkan contoh cara pengiraan yang betul.

---------------------------------------------------------------------------------------

Jika ada pertanyaan atau mahukan penjelasan lanjut mengenai Perkhidmatan Ukur Tanah adalah lebih mudah dan lebih cepat hubungi kami melalui aplikasi Sembang @ Chat di WhatsApp :


( klik )



---------------------------------------------------------------------------------------


Pemilik tanah yang berminat mendapatkan sebutharga kerja ukur tanah, bagi memudahkan anda memahami cara kami berurusan, terma dan syarat, maklumat dan dokumen yang perlu dikirim, serta anggaran harga dan tempoh siap bagi kerja ukur tanah, boleh dibaca dan buat semakan dengan klik link di bawah :-



------------------------------------------------------------------------------------------


CARA PENGIRAAN JARAK TANAH 

CONTOH 1

1 Ling = 0.201168 meter

1 Ling = 0.66 kaki

Jika jarak garisan di dalam pelan tanah ditulis begini :

1.) Garisan pertama : 600 ling
2.) Garisan kedua : 1050 ling

Apa yang perlu dibuat hanyalah darabkan jarak Ling tersebut dengan nilai persamaannya di dalam unit meter atau kaki

1.) 600 ling ( X ) 0.201168 = 120.700 meter
600 ling ( X ) 0.66 = 396 kaki

2.) 1050 ling ( X ) 0.201168 = 211.226 meter
1050 ling ( X ) 0.66 = 693 kaki 

-----------------------------------------------------------------------------------------

CONTOH 2

1 meter = 3.28084 kaki

1 kaki = 0.3048 meter

Jika jarak garisan di dalam pelan di tulis begini :

1.) Garisan di tulis dalam unit meter : 24.575 meter
2.) Garisan di tulis dalam unit kaki : 75 kaki

Darabkan jarak tersebut dengan nilai persamaan seperti di atas

1.) 24.575 meter ( X ) 3.28084 = 80.63 kaki
2.) 75 kaki ( X ) 0.3048 = 22.860 meter 

------------------------------------------------------------------------------------------

CARA PENGIRAAN LUAS TANAH 

Dalam geran tanah yang lama, keluasan tanah akan ditulis dalam unit Ekar, Rood dan Pole. Unit Ekar akan ditulis dengan simbol 'a', unit Rood akan ditulis dengan 'r' manakala unit Pole pula akan ditulis dengan 'p'.

FORMULA ASAS : 

1 Ekar = 4 Rood = 160 Pole

1 Ekar = 4046.86 mp = 43,560 kp

1 Rood = 1,011.71 mp = 10,890 kp

1 pole = 25.293 mp = 272.25 kp


CONTOH PENGIRAAN

( EKAR, ROOD & POLE )

Jika keluasan tanah ditulis dalam EKAR begini :

2a. 1r. 07p.

Ini bermakna luas tanah tersebut adalah :

( 2 ekar ) + ( 1 Rood ) + ( 7 pole )


TUKAR KE METER PERSEGI ( mp )

( 2 ekar ) + ( 1 Rood ) + ( 7 pole )

( 2 X 4046.86 mp ) + ( 1 X 1011.71 mp ) + ( 7 X 25.293 mp )

( 8093.72 mp ) + ( 1011.71 mp ) + ( 177.051 mp )

( 8093.72 + 1011.71 + 177.051 )

= 9282.48 meter persegi


TUKAR KE KAKI PERSEGI ( kp )

( 2 ekar ) + ( 1 Rood ) + ( 7 pole )

( 2 X 43,560 kp ) + ( 1 X 10,890 kp ) + ( 7 X 272.25 kp )

( 87,120 kp ) + ( 10,890 kp ) + ( 1,905.75 kp )

( 87,120 + 10,890 + 1,905.75 )

99,915.755 kaki persegi

------------------------------------------------------------------------------------------

UNIT LUAS LAMA YANG LAIN

( RELUNG, JEMPA & DEPA )

Di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang luas tanah ditulis dengan menggunakan unit 'Relung' dan 'Jempa'. Unit 'Relung' akan ditulis dengan simbol 'r' manakala unit 'Jempa' pula akan ditulis dengan 'j'.

Keluasan tanah akan ditulis dalam unit RELUNG dan JEMPA begini :

2r. 383j.

Ini bermakna luas tanah tersebut adalah :

( 2 Relung ) + ( 383 Jempa )

-------------------------------------------------------------------------------------

Manakala di negeri Kelantan dan sebahagian tanah pertanian di Pantai Timur luas tanah akan ditulis dengan menggunakan unit 'Ekar' dan 'Depa'. Unit 'Ekar' akan ditulis dengan simbol 'A' manakala unit 'Depa' pula akan ditulis dengan 'D'.

Keluasan tanah akan ditulis dalam unit EKAR dan DEPA begini :

2A. 167D.

Ini bermakna luas tanah tersebut adalah :

( 2 Ekar ) + ( 167 Depa )


-------------------------------------------------------------------------------------

Bagi yang berminat untuk mengetahui unit-unit lama lain yang pernah digunakan di negeri tertentu dan cara pengiraan untuk menukar jarak dan luas dari unit lama tersebut kepada unit terkini sila klik link dibawah yang merupakan sambungan bahagian 2 artikel ini.


------------------------------------------------------------------------------------------

SEKIAN 
TERIMA KASIH


< Klik butang atas untuk kembali ke Laman Utama >


------------------------------------------------------------------------------------------

Bagi yang berminat membaca menambah ilmu pengetahuan ada banyak contoh serta fakta yang boleh didapati dan pelajari daripada ratusan soalan jawapan yang terdapat di ruang ulasan bawah.

TERUSKAN SKROL KE BAWAH

-------------------------- Jurukur Tanah Klang @ 2024 ---------------------------

165 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apa maksud 'scale four chain to an inch'... adakah ukuran rantai pada drawing atau ukuran inch pada drawing

Tanpa Nama berkata...

contohnya dalam Plan of Portion ukuran tanah saya ialah 696.2 x 740.7 x 229.8 x 150.6 x 301.8 x 531.8... so, macam mana saya nak dapatkan ukuran dalam unit meter

Tanpa Nama berkata...

keluasan tanah bersamaan 3.873 ekar... harap tuan admin boleh bantu

Nick JTK berkata...

Maksudnya adalah pelan itu dilukis dengan skil "1 inci atas pelan bersamaan dengan 4 rantai atas tanah".

Dan untuk pertanyaan yg ke 2 mengenai keluasan tanah tu bolehlah dikirim ke email saya contoh pelan itu dan saya akan cuba hitungkan setiap jaraknya dalam meter.

pening berkata...

Mcm mana nk convert 8rantai dlm unit meter..

Nick JTK berkata...

Formula Asasnya...

Jika 1 rantai = 20.1168 meter

Maka jawapan kepada soalan anda ialah...

8 rantai = 20.1168 meter X 8
= 160.9344 meter

Tanpa Nama berkata...

SLM. Kalau tanah sy keluasan 60 x 120 kaki Nak tukar ke ekar . macamana

Nick JTK berkata...

Formula asas : 1 ekar = 43,560 ka2

Luas tanah anda adalah 60 kaki x 120 kaki = 7,200 ka2
=> 7,200 ka2 / 43, 560 ka2
=> 0.165 ekar ( 667.7 m2 )

Unknown berkata...

Salam, pada pelan tanah di geran ini menggunakan unit Ki dan Dpi.
Bagaimana kadar tukaran ke meter / kaki? harap bantuan. terima kasih.

Nick JTK berkata...

Saudara Mohd Helmy....

Untuk pengetahuan saudara, 'Ki' dan 'Dpi' itu bukanlah unit bagi jarak dalam pelan geran tanah itu. Ia bermaksud 'kira' atau 'dari perkiraan' dan dalam bahasa Inggeris pula biasanya akan ditulis 'Comp' atau 'Cal' iaitu singkatan dari perkataan computation dan calculation. Maksudnya jarak & bearing bagi garisan sempadan lot tanah yang ditulis itu bukanlah dari hasil ukuran di atas tanah tetapi hanyalah dari hasil perkiraan atas kertas.

Maka tak dapatlah saya berikan jawapan kepada pertanyaan saudara tersebut. Tetapi kalau saudara dapat scan pelan geran tersebut atau ambil fotonya kemudian email kepada saya, itu adalah cara yg terbaik untuk saya melihat sendiri dan beritahu saudara unit apakah yang betul yg digunakan dalam pelan itu.

Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

SALAM NAK TNYA KELUASAN TANAH SAYA 0.285 HA MCM MANA CARA NAK TAU DLM RELONG,TERIMA KASIH
'
';'
''

Tanpa Nama berkata...

1 pole tu mcmmne

Nick JTK berkata...

Formula asasnya adalah :

1 hektar = 3.4749196 relung persegi

Maka kalau 0.285 hektar

( 0.285/1 ) x 3.4749196
=> 0.990352086 relung persegi

Nick JTK berkata...

Unit-unit Rod atau perch atau pole ( lain sebutan tapi ukurannya sama ), chain ( rantai ) dan furlong adalah unit ukuran yang digunakan oleh British sewaktu sistem metrik belum diperkenalkan lagi. Kerana itulah di dalam geran tanah keluaran dari zaman penjajahan British dahulu unit-unit ini digunakan oleh jurukur tanah kerana pada waktu itu kesemua jurukur tanah yang berkhidmat di Tanah Melayu waktu itu adalah jurukur British.

Kini unit-unit ini telah tidak digunakan lagi dan mungkin hanya ada didalam geran tanah yang dah lama dan tak pernah dibuat sebarang pembaharuan. Disini saya setakan unit pertukaran bagi unit-unit itu sekadar bertujuan pengetahuan sahaja. Anda boleh semak sendiri di dalam internet jika mahu lebih info tentang unit-unit ini.

1 chain ( rantai ) = 4 rod = 66 kaki = 20.1168m

rod/perch/pole = 5 1/2 ela = 16 1/2 kaki = 1/4 chain = 5.0292m
1 furlong = 10 chain = 40 rod = 201.168m

Tanpa Nama berkata...

apa maksud nya 1:2500

Nick JTK berkata...

1 : 2500 itu adalah merujuk kepada skala ( scale ) yang digunakan untuk melukis pelan tersebut. Maksudnya bagi setiap jarak 1mm atas pelan itu adalah sama dengan jarak 2500mm di atas tanah.

Contohnya jika anda mengukur salah satu garisan dalam pelan tersebut dan panjangnya adalah 26 mm. Maka panjang sebenar garisan tersebut di atas tanah adalah :-

26 X 2500 = 65000 mm / 65 meter

Tanpa Nama berkata...

Kalau 3.61 ekar brsamaan brapa hektar

Nick JTK berkata...

Formula asasnya : 1 ekar = 0.4047 hektar

Maka jawapan kepada soalan anda adalah :-

3.61 x 0.4047 = 1.461 hektar

Tanpa Nama berkata...

geram lama. xde matrik .

4a.2r.05p

adakah bermaksud 4ekar 2 rantai 05p? kurang faham.. boleh tuan tolong tak,ukuran matrik

Nick JTK berkata...

Maksud sebenar keluasan 4a 2r 05p itu adalah :-

=> 2 ekar + 2 rood + 5 pole

=> ( 8094.18 + 2023.22 + 126.45 ) meter persegi
=> 10,243.85 meter persegi

Tanpa Nama berkata...

Geran tanah arwah ayah kami diterbitkan dlm tahun 1968. Di peta tanah ityu, keluasannya menunjukkan 0.386 oc.Sc. Di atas tajuk geran itu, luasnya ditunjukkan OA.386 diikuti oleh simbol seperti nombor 8 uppercase. Saya tak ada clue apa keluasan sebenarnya di dalam kaki persegi atau ekar. Terima Kasih. Hamdan

Nick JTK berkata...

Saya cadangkan Encik Hamdan pergi ke bahagian jualan pelan, Jabatan Ukur dan Pemetaan ( JUPEM ) cawangan negeri terletaknya lot tanah tersebut.

Encik hanya perlu berikan maklumat berikut dan katakan encik mahu membeli pelan akui yg terkini bagi lot tanah tersebut. Bagi pelan yg bersaiz A3 harganya adalah tidak melebihi RM20 setiap satu.

Maklumat yg perlu diberikan :-

1.) Nombor Lot tanah mengikut nombor lot pada geran tanah
2.) Nama mukim dan daerah seperti yg tertulis dalam geran tanah

Pelan Akui ( PA ) keluaran JUPEM mempunyai maklumat terkini yang telah dimasukkan ke dalam database sistem berkomputer mereka. PA ini adalah lebih up to date jika dibanding dengan pelan keluaran Pejabat Tanah yg dikepilkan di bahagian belakang setiap geran tanah. Dalam PA itu nanti encik boleh melihat jarak2 setiap garisan sempadan lot tersebut dan juga keluasan tanah tersebut yg terkini dan dalam sistem metrik.

Tanpa Nama berkata...

Salam minta penerangan ukuran geran saya 76.3x163.7x61.7x157
ingin tahu ukuran dlm meter? Perlu convert ke kaki bagaimana?
terima kasih

Nick JTK berkata...

Wasalam...

Kalau sekadar diberi informasi jarak setiap garisan sempadan ( yang tak pasti dalam unit apa ) tanpa informasi luas lot tanah tersebut saya pun tak dapat nak berikan jawapan yang tepat disini.

Apakata Encik/Cik email kepada saya pelan tanah yang ada pada geran tersebut dalam bentuk foto atau dokumen scan. Kalau saya dah tengok nanti Insyallah barulah saya dapat beritahu jarak yg dalam geran itu dalam unit apa dan bagaimana cara nak convertkan kepada unit meter atau kaki.

Tanpa Nama berkata...

Salam, Kalau dalam geran panjang 360 Sc ditukarkan dalam meter, jadi berapa meter panjang?

Nick JTK berkata...

Wasalam...

Seperti yang pernah saya beritahu pada komen-komen sebelum ini, tanpa melihat pelan geran tanah tersebut dan tanpa mengetahui luas tanah lot tanah tersebut tak dapatlah saya memberitahu panjang sebenar garisan sempadan itu kerana saya tak dapat pastikan apakah unit asal yg digunakan dalam geran tersebut.

'Sc' bermaksud 'scale' dalam bahasa Inggeris dalam pelan yang lama adalah merujuk kepada jarak tersebut bukan diukur di tanah tetapi adalah hanya dari ukuran dan perkiraan atas kertas sahaja dan ia tidak 100% tepat.

Untuk mengetahui dengan tepat, kirimkan foto pelan geran tanah tersebut ke email saya.

Jikalau 360 itu adalah dalam unit link = 72.420 meter
Jikalau 360 itu dalam unit kaki = 109.728 meter

Untuk mengetahui jarak yg sebenar kita perlulah terlebih dahulu mengetahui apakah unit sebenar yang digunakan dalam pelan asal geran tanah tersebut

Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

macam mana pula dengan ukuran depa. sebagai contoh 1 ekar 400 depa

Nick JTK berkata...

Unit jengkal, hasta, depa, jumba, jemba dan orlong adalah unit lama yang pernah digunakan di Tanah Melayu dan terdapat bukti di dalam buku Hikayat Sejarah Melayu yang telah diterjemahkan oleh pihak British dan Belanda.


Formula asasnya adalah :

1 depa = 6 kaki
1 depa persegi = 36 kaki persegi
1 ekar = 43,560 kaki persegi

Jadi 1 ekar 400 depa

= 43,560 + ( 36 x 400 )
= 43,560 + 14,400
= 57,960 kaki persegi ( 5,384.62 meter persegi )

Tanpa Nama berkata...

Selamat ptg,hrp blh bantu sy
Sy nk buat anggaran utk harga sebidang tanah tp x pasti cra kiraan.
Tanah sy seluas 560 m²
Kiraan harga tanah 1 kaki =rm25
Jd unit ukuran mne yg sy harus ikut?
Ukuran kaki n kaki persegi rsanye x sama kn?
Harap blh bantu sy

Nick JTK berkata...

Maksud harga tanah per kaki = rm25 itu adalah merujuk kepada 1 kaki persegi dan bukannya kepada setiap jarak panjang tanah tersebut dalam kaki.

Untuk memudahkan perkiraan, tukar luas tanah tersebut dari meter persegi kepada kaki persegi.

1 meter persegi = 10.764 kaki persegi
560 m2 = 10.764 x 560
= 6027.84 kaki persegi
( enam ribu, dua puluh tujuh perpuluhan lapan empat )

Jikalau 1 kaki persegi berharga = rm25
maka :-

6027.84 x RM 25
= RM 150,696
( seratus lima puluh ribu, enam ratus sembilan puluh enam )

Tanpa Nama berkata...

salam tuan,

macam mana nak tahu ukur lilit untuk tanah 100 ekar? nak convert dalam kaki

Nick JTK berkata...

Wasalam...

Ukur lilit adalah bermaksud ukur keliling setiap jarak sempadan lot tanah itu. Disinlah masalahnya kerana luas 100 ekar bukanlah kecil dan mungkin tanah itu dalam banyak segi dan tak semestinya empat segi.

Jadi sebagai memberikan contoh jawapan kepada soalan atas dan katakanlah lot tanah itu adalah berbentuk empat segi tepat iaitu sama panjang dan lebarnya :-

1 ekar = 43,560 kaki persegi
= panjang 208.7 kaki X lebar 208.7 kaki

100 ekar = 4,356,000 kaki persegi
= panjang 2087 kaki X lebar 2087 kaki

Tanpa Nama berkata...

as salam bro, nak tanya jika ukur lilit (panjang n lebar ) keluasan tanah tu 1rantai x 1rantai mcmana nak tau meter persegi

Nick JTK berkata...

Wasalam..

Formula asasnya adalah :-

1 rantai adalah bersamaan = 20.1168 meter

Jika 1 rantai panjang X 1 rantai lebar
= 20.1168 meter X 20.1168 meter
= 404.686 meter persegi

Tanpa Nama berkata...

Macam mana nk kira keluasan tanah 1.620 ekar berharga RM9 sekaki. Saya keliru hendak menggunakan formula yang mana satu... saya ingn mendapat jumlah tersebut..

Tanpa Nama berkata...

tq bro

Nick JTK berkata...

Bagi urusniaga tanah, jika dikatakan harganya dalam nilai per kaki adalah bermaksud bagi setiap kaki persegi keluasannya. Jadi luas tanah yang dalam unit ekar itu perlu ditukar kepada kaki persegi terlebih dahulu. Kemudian barulah boleh didarabkan dengan harga RM 9 tersebut.

Cara pengiraannya adalah seperti berikut :-

1 ekar = 43,560 kaki persegi

Maka 1.620 ekar pula :-
= 1.620 X 43,560
= 70,567 kaki persegi

1 kaki persegi = RM 9

Maka 70,567 kaki adalah :-
= 70,567 kaki persegi X RM 9
= RM 635,103
( enam ratus tiga puluh lima ribu, seratus tiga ringgit )

Tanpa Nama berkata...

Kenapa boleh jadi demikian? Adakah ia bermaksud ukur halus belum dilakukan? Adakah kita perlu try and error unit yang digunapakai sehingga memperolehi keluasan (lebih kurang) lot yang terdapat pada geran.

Nick JTK berkata...

Saya tak dapat nak jawap dengan tepat kenapa ada sebahagian garisan sempadan lot tanah di dalam pelan PA hanyalah dari 'perkiraan atas kertas' dan bukan dari ukuran atas tanah. Terdapat banyak sebab-sebabnya dan yang terutama sekali adalah disebabkan pada waktu ukuran itu dilakukan, juruukur mungkin mengukur secara berperingkat dan tidak mengukur lot-lot tanah tersebut secara menyeluruh. Ada bahagian yang diukur dan ada bahagian lain yang tidak diukur atas banyak faktor.

Yang keduanya pula adalah disebabkan oleh terdapatnya 'pembetulan' dari segi bearing, jarak dan kordinit selepas jurukur menutup traverse dengan sekurang kurangnya 3 batu sempadan yang masih elok atau pun secara mencerap bacaan matahari.

Pada waktu ukuran untuk pembetulan dilakukan batu-batu sempadan telah pun ditanam di atas tanah dan jurukur tidak lagi pergi membuat ukuran kali kedua ke atas lot tanah yang terbabit dengan pembetulan tersebut. Jadi jurukur hanya membuat pembetulan di atas kertas sahaja iaitu di atas pelan serta di tanda dengan 'Comp', 'Cal' atau 'Ki'.

Apa yang saya maksudkan dengan melakukan perkiraan kasar bagi keluasan lot tanah itu adalah apabila kita tidak pasti dan tidak tahu apakah unit sebenar bagi jarak yang digunakan di dalam pelan. Ini adalah membabitkan pelan-pelan lama yang sebelum sistem metrik digunapakai.

Tapi jika di dalam pelan ada dinyatakan unit yang digunapakai samada link, rantai, kaki atau meter di dalam ruangan nota atau dibahagian belakang jarak setiap garisan maka kita tak perlu lagi membuat perkiraan kasar bagi keluasan lot tanah tersebut. Ia hanyalah sekadar satu cadangan cara-cara bagaimana kita dapat mengetahui unit yang digunapakai untuk ukuran jarak dalam pelan itu berdasarkan keluasan tanah.

Mungkin ada orang yang faham dan tahu membuat perkiraan setelah membaca cadangan saya itu dan bagi pembaca yang tidak ada asas langsung mengenai matematik atau ukur tanah mungkin tidak akan faham dan tidak dapat menghitungnya.

Kita hanyalah perlu membuat anggapan unit apakah yang digunapakai, menukarnya dan membuat perkiraan. Jika tidak dapat jawapan yang paling tepat maka perlulah kita menukar anggapan unit itu ke satu unit yang lain pula dan teruskan menukar beberapa kali dengan lain-lain unit sehingga dapat jawapan kepada yang hampir tepat atau tepat.

Perlukan kesabaran dan ambil sedikit masa tetapi jika tidak mahu terus mencuba apa yang perlu dilakukan adalah pergi ke Jabatan Ukur dan Pemetaan cawangan negeri anda untuk dapatkan informasi yang diperlukan serta salinan pelan yang terkini.

Terima kasih kerana sudi membaca blog ini...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum.Tertarikh saya membacan blog Tuan.Cuma minta pertolongan bagaimana nak saya convert kan jika Tanah lot banglow 7200sf.saya nak angarkan convert kepada luasa Lebar berapa ? Dan luas panjang berapa? Utk memudahkan saya buat perancangan bina rumah banglow.suhaily

Nick JTK berkata...

Waalaikumsalam....

Secara mudahnya tanah yang berkeluasan 7200 sq ft itu dapat kita buat anggapan sebagai berbentuk segiempat tepat iaitu mempunyai panjang 100 kaki dan lebar 72 kaki.

100 kaki panjang X 72 kaki lebar = 7200 kaki persegi

Atau kita juga dapat memberi anggapan bahawa lot tanah tersebut adalah berbentuk segiempat sama iaitu panjang dan lebarnya mempunyai jarak yang sama panjang.

85 kaki panjang X 85 kaki lebar = 7225 kaki persegi

Tetapi bukan semua lot tanah adalah dalam bentuk segiempat. Ada juga lot tanah yang mempunyai lebar yang pendek di bahagian depan tetapi dibahagian belakang pula lebih lebar walaupun mempunyai kedua dua bahagian sisi kanan dan kiri yang sama panjangnya.

Apa yang penting untuk dibuat perancangan adalah keluasan lantai dan keluasan lantai bawah rumah ( jika rumah melebihi 1 tingkat ). Pastikan keluasan lantai rumah adalah muat di dalam lot tanah itu dan rancangkan juga jalan masuk dan keluar serta kawasan parking kenderaan anda dengan menyediakan ruang yang secukupnya mengikut jumlah kenderaan yang anda miliki serta untuk tetamu yang datang supaya nanti tidak timbul masalah selepas rumah siap dibina.

Tanpa Nama berkata...

0.1214/2.2770 hectare tu berapa rantai

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Tuan.Moon izin sekali lgi status keluasaan Tanah saya7200sf.Merujuk pepengiraan tuan 7200sf bersamaan dgn keluasan 100x72 sf.Bole tuan terangkan bagaimana kira-kira utk mendapatkan keputusan teraebut.Ingin belajar bagaimana nak kira jumlah keluasan keseluruhan sf Dan covert kepada keluasan lebar x panjang dln kora an kakaki.Terima kasih.Suhaily

Nick JTK berkata...

Waalaikumsalam...

Sebenarnya saya pun tak tahu berapa panjang dan berapa lebar yang sebenar lot tanah awak tu. Cuma yang saya tahu, awak sendiri yang katakan keluasannya adalah 7200 sf ( square feet / kaki persegi ). Jadi saya cuma bagi pendapat secara matematik mudah saja iaitu...

100 X 72 = 7200

Tak ada apa yang perlu awak belajar disini cuma sekadar matematik mudah saja. Kalau nak lebih detail yang lebih tepat perlulah awak sertakan pelan tanah bagi lot banglow tersebut. Tanpa pelan, saya atau sesiapa pun tak akan boleh beritahu kepada awak berapakah panjang dan lebar sebenar tanah awak itu...

Nick JTK berkata...

Maaf...

Saya tak faham soalan awak jadi saya pun tak tahu nak jawap apa. Mungkin awak boleh terangkan dengan lebih jelas lagi baru saya akan faham dan boleh tolong jawapkan...

Tanpa Nama berkata...

thanks for this useful information. :)

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera encik, nak tanya sekiranya saya mempunyai 1 lot tanah yang berukuran 0.25 ekar bersamaan 1,012 meter persegi, berapakah keluasan rumah yang boleh dibina untuk 1 lot tu ye?

Nick JTK berkata...

Sebenarnya keluasan tanah 0.25 ekar untuk hanya sebuah rumah adalah sangat luas dan anda boleh membina sebuah rumah banglo di dalamnya.

Oleh kerana sistem bekerja semua tukang rumah masih menggunakan kaki sebagai unit ukuran mereka jadi saya akan kirakan keluasan lantai rumah di dalam unit kaki persegi yang MAKSIMUM / paling besar yang dapat dibina di dalam lot tersebut.

0.25 ekar = 10,890 kaki persegi

Jadi secara ringkasnya saya buat andaian bahawa tanah itu berkeadaan segiempat sama iaitu 104 kaki lebar dan 104 kaki panjang ( 10,816 kp )

Pertamanya perlu ada 20 kaki rezab untuk jalan keluar masuk dan juga ruang parking kenderaan. Dan keduanya pula perlu ada ruang halaman lebar 10 kaki di keliling rumah itu bagi tujuan perparitan dan juga pagar.

Luas lot tanah = 10890 kp

Rezab jalan = 2080 kp
Ruang keliling rumah = 2520 kp
Jumlahnya adalah = 4600 kp

Maka baki untuk tapak rumah adalah :-
10890 kp - 4600 kp = 6290 kp

Keluasan 6290 kaki persegi baki ruang bagi tujuan membina rumah itu adalah bersamaan hampir kepada rumah yang berkeluasan
80 kaki lebar X 80 kaki panjang

Unknown berkata...

tuan admin, ingin kepastian. apkah yg dimaksudkan dgn (ka2) , (mps) dan (kps) dalam keluasan.

Nick JTK berkata...

Kaki persegi dan meter persegi adalah unit untuk LUAS kalau secara standardnya dari segi matematik akan ditulis 2 dibelakangnya.
Bagi ISIPADU pula akan ditulis 3 dibelakangnya.
Dan untuk JARAK ( distance ) pula tidak mempunyai sebarang nombor rujukan dibelakangnya ditulis hanya kaki atau meter.

Apa yang cik kemukakan di atas adalah cuma masalah bila menulis unit-unit itu ke atas kertas.

Kaki = ka = ft
Kaki persegi = kp = ka2 = kps = ft2 = sq.ft

Meter = m
Meter persegi = m2 = mps = sq.m

wafie bp berkata...

mana yang betul 1 depa persegi = 3.344509 meter persegi @ 1 depa persegi = 4.0434 meter persegi?

Nick JTK berkata...

1 depa persegi adalah bersamaan dengan 4 ela persegi bersamaan juga dengan 36 kaki persegi...

Dan perlu anda tahu bahawa unit ela bagi British dan USA tidak sama ukurannya. Jika menggunakan nilai British pasti tidak sama dengan nilai USA.

1 kaki persegi = 0.0929030 meter persegi
1 ela persegi = 0.836127 meter persegi


1 depa persegi = 4 ela persegi = 36 kaki pesegi
1 depa persegi = 0.836127 x 4 = 3.344 meter persegi

Andainya 1 depa persegi adalah 4.0434 meter persegi bermakna unit 'ela' akan lebih panjang daripada unit 'meter' dan ini adalah salah....

Tanpa Nama berkata...

asalamualaikum...berapa unit dalam bentuk panjang iaitu kaki(feet) ?ukuran yg di beri 668 m2...

Unknown berkata...

Salam.1/16 bahagian saye dalam tanah yg keluasan 0.225 hektar.bnyak mana kah wang saya kalau tanah itu dibeli 100 ribu.

Nick JTK berkata...

Waalaikumsalam...

668 m2 adalah unit bagi keluasan dan bukannya untuk jarak panjang.

1 m2 = 10.764 kaki2
668 m2 = 10.764 x 668 = 7190. 35 kaki2

Kalau dalam segiempat sama adalah lebih kurang

= 84.5 kaki lebar X 84.5 kaki panjang

Nick JTK berkata...

Wasalam..

Kalau dah tertulis bahagian anda adalah 1/16 bahagian maka wang yang sepatutnya anda terima juga adalah 1/16 dari jumlah harga yang diperolehi dari jualan tanah tesebut.

Kalau tanah tersebut dijual RM 100,000

maka 1/16 bahagian anda adalah :

= 1/16 x 100000 = RM 6250

Dan ini adalah jumlah yang belum ditolak cukai jualan, duti setem kerajaan dan juga komisyen kepada pihak yang menguruskan penjualan tanah tersebut.

Tanpa Nama berkata...

keluasan Tanah saya 1116 meter persegi berbentuk segi empat tepat.Ada pendapat mengatakan Tanah sempit utk buat rumah..Berapa keluasan tapak rumah yang perlu kalau saya nak buat rumah banglo

Nick JTK berkata...

Sebenarnya tiada tarif yang khusus untuk keluasan lantai bagi rumah banglo. Cuma dari segi definasi, rumah banglo adalah rumah sebuah yang tidak berkembar atau berkongsi dinding dengan rumah yang lain.

Bagi keluasan tanah anda iaitu 1116 meter persegi adalah bersamaan dengan 12,000 kaki persegi. Itu adalah sudah cukup luas untuk dibina sebuah rumah yang bertarif banglo setingkat.

12,000 kaki persegi itu kita andaikan berjarak 120 kaki panjang dan 100 kaki lebar. Anda boleh membina sebuah rumah banglo setingkat yang berkeluasan lantai sehingga 4800 kaki persegi ( 80 X 60 ) dimana keluasan lantai rumah banyak bergantung kepada jumlah ruang dan bilik yang ada dalam rumah tersebut dan anda masih lagi mempunyai ruang berjarak 20 kaki dari dinding ke pagar di sekeliling rumah anda.

Bagi ruang halaman hadapan rumah berkeluasan 20 X 100 kaki sudah boleh menempatkan beberapa buah kenderaan atau mungkin juga untuk masa hadapan jika anda mahu menambah bilik, ruang 20 kaki yang ada dikeliling rumah anda itu juga boleh menempatkan diantara 6 hingga 8 bilik jika anda mahu menggunakan ruang yang ada di belakang dan kiri kanan rumah anda secara maksimum.

Tanpa Nama berkata...

Tuan, Saya nak tanya. Sy berminat untuk membeli rumah Semi-D berkeluasan 35x80 (tanah) 1,250kps binaan. Pada pandangan Tuan,
1. Berapa balance kps tanah yang sy ada;
2. 1,250 kps tersebut besar tak untuk 1 rumah, 4 bilik & 2 bilik air?
Terima kasih.
NurMaryam

Nick JTK berkata...

Puan Nur Maryam...

Keluasan tanah tapak rumah tersebut adalah 35 x 80 = 2800 ka2
Manakala keluasan lantai rumah pula adalah = 1250 ka2
Jadi anda mempunyai halaman keliling rumah seluas = 1550 ka2

Untuk soalan kedua saya tak dapat nak berikan jawapan yang tepat kerana keluasan yang anda berikan hanyalah keluasan keseluruhan sahaja. Keluasan bilik tidur yang paling minimun untuk keselesaan adalah berukuran 14 x 10. Tetapi kebiasaan rumah yang dibina oleh pemaju akan mempunyai jumlah perbezaan keluasan bagi setiap bilik tidur. Yang paling luas adalah bilik tidur utama ( master bedroom ) tetapi bilik yang lain akan lebih kecil dan bilik ke 4 adalah yang terkecil sekali. Bilik ke 4 disediakan oleh pemaju berfungsi sebagai bilik tetamu atau bilik setor jadi ianya tidaklah besar sangat. Manakala bagi bilik air pula keluasan 7 x 6 adalah keluasan minimun bagi keselesaan. Biasanya 1 bilik air akan ditempatkan di dalam bilik tidur utama manakala bagi penghuni bilik tidur yang lain akan terpaksa berkongsi 1 lagi bilik air yang ada di luar bilik.

Jadi anda sendirilah yang perlu membuat penilaian samada ruang setiap bilik tidur, bilik air, ruang tamu, ruang makan dan dapur menepati dengan keperluan anda atau tidak.

Jawapan saya bagi soalan tersebut adalah bergantung kepada jumlah penghuni rumah tersebut. Jika hanya suami isteri dan sekadar mempunyai 2 anak lelaki dan 2 anak perempuan, rumah itu dah cukup selesa. Anak lelaki boleh berkongsi 1 bilik tidur dan anak perempuan juga boleh berkongsi 1 bilik tidur. Jadi anda masih ada bilik untuk dijadikan sebagai bilik tetamu atau bilik setor. Tetapi jika anda mempunyai jumlah anak yang lebih dari itu atau anda juga mempunyai orang lain yang turut menghuni rumah itu maka tiadalah lagi bilik untuk tetamu atau bilik yang boleh dijadikan sebagai setor.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih di atas penerangan tersebut.
Nur Maryam

Tanpa Nama berkata...

salam..luas 40 ekar dan tinggi 40 kaki..mcam mane nak dapatkan isipadu??

Nick JTK berkata...

Salam...

Mula-mula luas yang 40 ekar tu tukar kepada kaki persegi dahulu.

1 ekar = 43,562.5 ka2
40 ekar = 43,562.5 x 40 = 1,742,500 ka2

Dah dapat keluasan dalam kaki persegi kemudian darabkan dengan tinggi pula.

Isipadu = 1,742,500 ka2 x 40 kaki
= 69,700,000 ka3 ( kaki padu )

Nick JTK berkata...

Sama-sama...

Tanpa Nama berkata...

Asalammualaikum..baru-baru ini jiran saya telah membuat kerja-kerja pengukuran tanah bagi persempadan semula bagi tanah mereka.Malangnya persempadan yang baru bagi kerja-kerja ukuran tadi telah melepasi batu sempadan asal dan jarak antara batu sempadan yang asal dengan sempadan yang baru lebih kurang 15 ke 20 kaki dimana ianya telah memasuki kawasan tanah saya..soalan saya mengapakah perkara itu boleh berlaku sedangkan ukuran dibuat merujuk kepada geran tanah yang asal?Sekian Terima Kasih.

Nick JTK berkata...

Waalaikumsalam....

Saya tak dapat nak bagi jawapan pada soalan anda kerana saya pun tak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Yang terbaik adalah anda hubungi jurukur yang telah membuat kerja pengukuran tersebut dan bertanya terus kepadanya.

Jika anda tidak tahu siapa jurukur tersebut, mintalah jiran anda hubungi dia dan buatkan satu perjumpaan secara berdepan di antara anda, jiran anda dan jurukur tersebut. Kemudian minta dia jelaskan apa sebenarnya yang terjadi pada sempadan asal tanah anda itu

Lindrah Forever's berkata...

bagaimana sekiranya kontraktor buat jalanraya dan beri saya rekod sedemikian?
14 kaki = 375 rantai.
persoalannya : bagaimana saya nak dapatkan acresnya? atau anda ada idea lebih baik ?
sebab tujuan saya adalah untuk menolak rekod diberi dengan keluasan acres yang sedia ada.
dari sana saya akan mendapat jumlah acre saya sebenar setelah ditolak jumlah gerak kerja kontraktor itu.

Terima kasih diatas bantuan ini.

Nick JTK berkata...

Mungkin apa yang dimaksudkan oleh kontraktor itu adalah :

Lebar jalan = 14 kaki
Panjang jalan = 375 rantai

Formula asas :

1 kaki = 0.3048m
1 rantai = 66 kaki = 20.1168m

Maka area keluasan bagi jalan tersebut adalah :

= ( 14 x 0.3048m ) x ( 375 x 20.1168m )
= 4.2672m x 7543.8m
= 32,190.90 meter persegi

Adalah mustahil jika dia maksudkan 14 kaki adalah sama dengan 375 rantai kerana jarak 1 rantai adalah bersamaan dengan 20.1168m manakala jarak 1 kaki pula adalah bersamaan dengan 0.3048m

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas maklumat yang diberikan..

Tanpa Nama berkata...

Saudara boleh tlg anggarkan 40 depa× 100 depa brapa ekar??

Tanpa Nama berkata...

Perbezaan Keluasan tanah kedah dan Pulau Pinang, 1 relung bersamaan berapa Kaki?

Tanpa Nama berkata...

Perbezaan Keluasan Tanah Kedah dan Penang,, 1 relung bersamaan berapa kaki ya?

Nick JTK berkata...

Tak ada bezanya bagi negeri mana pun. Cuma unit lama 'relung' ini dulunya hanya digunakan di kawasan yang terbabit dengan penanaman padi sahaja. Bagi kawasan yang bukan sawah padi pulak, unit ekar, rod dan pole yang biasa digunakan bagi keluasan tanah.

Dari segi jarak panjang 1 relung = 176 kaki

Kalau dari segi keluasan pula
1 relung persegi = 176 kaki X 176 kaki
= 30976 kaki persegi

Nick JTK berkata...

Formula asas :

1 depa = 1.8288 meter
1 depa persegi = 3.3445 meter persegi
1 ekar = 4046.86 meter persegi

Jadi kalau 40 x 100 depa = 4000 depa persegi
= 13378 meter persegi
= 13378 / 4046.86
= 3.3 ekar

Nick JTK berkata...

Sama sama...

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas penerangan anda...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. ..saya sedang mencari keluasan tanah(ekar) dimana ukuran setiap sempadanya seperti berikut 106'×60'×120'×96' .Bagaimana cara pengiraannya

Nick JTK berkata...

Waalaikumsalam...

Susah untuk saya hitungkan keluasan tanah tersebut kalau sekadar diberi jaraknya saja. Saya perlukan informasi lengkap berupa JARAK dan BEARING setiap garisan sempadan tanah tersebut untuk mengiranya.

Anda kirimkan foto pelan tanah tersebut ke email saya dan selepas melihatnya barulah saya akan hitungkan dan beritahu anda keluasan tanah tersebut...

Tanpa Nama berkata...

Hye! Nick,... saya ingin tahu Kluasan tanah: 3,032.6082 meter persegi bersamaan brapa kaki ?

Nick JTK berkata...

Hye...

Kenapa tak dihitung sendiri, kan saya dah bagi formulanya. Begini caranya nak kira keluasan dari meter ke kaki...

Formula asas : 1 meter persegi = 10.764 kaki persegi

Jadi kalau 3032.6082 meter persegi pula

= 3,032.6082 meter persegi x 10.764
= 32,643 kaki persegi
( tiga puluh dua ribu enam ratus empat puluh tiga kaki persegi )

Tanpa Nama berkata...

boleh saye tahu, jarak pokok ke pokok dalam autocad ?

Nick JTK berkata...

Dalam aplikasi AutoCAD ada satu command iaitu "dimaligned" untuk mengukur dan seterusnya menulis dalam pelan jarak antara 2 point yang di ukur.

Tapi jika sekadar tahu jaraknya saja, anda boleh gunakan command "distance" dan klik pada 2 point yang anda nak tahu jaraknya. Tapi jarak tersebut tidak akan ditulis di dalam pelan, ia hanyalah sekadar memberi info sahaja kepada anda.

Tanpa Nama berkata...

1 pole berapa ekar ?

Nick JTK berkata...

1 pole = 0.00625 ekar

Muhammad Hafiz Zaini berkata...

Salam Admin,

Dalam geran Tanah yang saya dapat, ada ukuran yang dicatatkan contohnya '826.25 Comp.'....apakah maksud 'Comp' tersebut? dan bagaimana saya boleh mendapatkan ukuran yang sebenar?

Nick JTK berkata...

Salam...

Seperti yang telah banyak kali saya jelaskan kepada yang bertanya disini, 'Comp' = computation, ( kadang2 di tulis sebagai 'Cal' = calculation ) adalah dalam bahasa Inggeris dan dalam bahasa Malaysia pula akan ditulis sebagai 'Ki' ( Kira ) bukanlah satu unit ukuran tapi cuma untuk menerangkan bahawa jarak yang ditulis itu adalah didapati secara pengiraan di atas kertas sahaja dan bukannya dari pengukuran di atas tanah.

Jarak tersebut masih juga jarak yang sebenar dan betul untuk garisan sempadan itu tapi bukanlah didapati dari pengukuran dengan alat ukur. Jarak itu adalah jarak sebenar yang didapati dari pengiraan dengan kalkulator.

Muhammad Hafiz Zaini berkata...

Terima Kasih atas penerangan dari admin.

Tanpa Nama berkata...

Salam Admin 1 relong Kedah ada berapa kaki persegi.

Nick JTK berkata...

Setiap unit ukuran yg digunakan di Malaysia tak ada bezanya walau dimana mana negeri pun. Yang berbeza hanyalah unit-unit lama yg digunakan oleh British dan Amerika saja.

Unit lama iaitu relung ini biasanya hanya digunakan di tempat yg merupakan tanah pertanian untuk tanaman padi dan juga tanah-tanah kampung yang di kawasan yang sama. Unit relung akan digunakan bersama dengan unit jumba dan jemba. Bagi kawasan yg bukan kawasan sawah padi pula, unit yang biasa digunakan adalah hektar, ekar, rod dan pole.

1 relong = 176 kaki
1 relong persegi = 176 X 176 = 30976 kaki persegi

Tanpa Nama berkata...

salam tuan, mcm mana nak tahu

lebar tanah dan panjang tanah

ukuran dalam kotak begini

panjang = 21.905
lebar = 16.236

425m2

Unknown berkata...

Sy kagum dgn nick bagan ni.. xpernah lelah sharing ilmu.. pape pon salam perkenalan.. ssy khairul.. building surveyor

Tanpa Nama berkata...

As-salam Tuan,
Pertama kali ribuan terima kasih kerana mengadakan blog yang sgt2 berguna ini. Ilmu yg sangat berguna tuan kongsikan nya.. semoga tuan beroleh barakah dari perkongsian ini.
Saya sendiri telah membuat pengiraan seperti tuan tunjukkan di atas... dan mendapat tahu keluasan tanah yang ingin saya beli..
Soalan Saya adalah :-
1) tanah itu seluas 1.581 ekar.. lebar tanah 133 kaki dan panjangnya ke belakang adalah 528kaki (contoh geran tanah spt papan lantai ) 133kaki tu adalah seiring dgn jalan.Saya membeli sebahagian dr tanah tersebut yg memilik 2 penama. maknanya saya beli 66.5 kaki 528kaki ke belakang.. anggaran tuan berapa lot yg dapat kalo saya ingin pecah lot..anggaran tuan 1 lot besar mana luas tanah itu? dalam meter persegi.
2) berapa lama proses memasukan nama pembeli baru sehingga dpt geran?
3) sesudah dapat geran baru atas nama saya boleh ke saya memohon utk buat pengasingan geran terus? dan berapa anggaran kos utk membuat pengasingan geran itu? tuan kire tanah tu berbukit skit sahaja dan bersemak je.. jalan rapat ke tanah.

Terima kasih Tuan.

Nick JTK berkata...

Waalaikumsalam...

Lot tersebut panjang tapi dari segi kelebaran ia agak sempit jikalau tuan ingin membuat pemecahan lot terutamanya menjadi keperluan ditengah-tengah lot tersebut disediakan rezab jalan seluas 20 kaki untuk diserahkan kepada kerajaan bagi mendapatkan kelulusan jika ingin membuat pemecahan lot. Oleh kerana tuan hanya mempunyai hak 1/2 saja ke atas lot tersebut maka perlulah berbincang dengan tuan tanah yang mempunyai hak ke atas 1/2 bahagian lagi untuk berkongsi rezab jalan masing-masing 10 kaki untuk diserahkan kepada kerajaan.

Lebar 133 kaki dibahagi 2 akan menjadi 66.5 kaki bagi setiap tuan tanah. Setelah ditolak pula rezab jalan 10 kaki maka akan tinggal 56.5 kaki sahaja.

Bagi panjang tanah tersebut iaitu 528 kaki pula tuan boleh membuat pecahan kepada 6 bahagian. Jadi keluasan setiap bahagian akan menjadi 66.5 X 88 kaki ( 5852 kaki persegi termasuk rezab jalan ). Setelah ditolak pula dengan rezab jalan maka keluasan setiap bahagian kecil itu akan menjadi 56.5 X 88 kaki ( 4972 kaki persegi ).

Dari segi keluasan di dalam geran pula setiap bahagian kecil itu adalah 1/12 daripada jumlah keluasan sebenar lot tanah tersebut.

Proses untuk membuat pecahan lot adalah sangat lama di antara 6-12 bulan dan banyak pula syarat yang perlu dipatuhi sebelum mendapat kelulusan. Jadi saya mencadangkan untuk mempercepatkan proses dan juga mengurangkan kos, jangan dibuat pecahan lot tapi cukuplah sekadar dibuat pecahan bahagian saja dengan memasukkan nama 6 pemilik baru bagi bahagian kecil sebanyak 1/12 bahagian setiap penama.

1.581 ekar = 68872 kaki persegi = 6405 meter persegi
1/2 bahagian = 34436 kaki persegi = 3202.5 meter persegi

1/12 bahagian + rezab jalan = 5739 kaki persegi = 533.75 meter persegi
rezab jalan setiap bahagian = 880 kaki persegi

1/12 bahagian tolak rezab jalan = 4972 kaki persegi = 462 meter persegi.
(Keperluan minima bagi satu lot banglo adalah 4500 kaki persegi )

Sila hubungi e-mail saya untuk mendapatkan perkhidmatan ukur tanah yang seterusnya..

Terima kasih..

Tanpa Nama berkata...

Saya ada tanah berkeluasan 0.385 hektar... saya dapat info bahawa harga tanah tersebut adalah RM3.85 sekaki... boleh tak tolong saya kirakan berapa harga tanah saya tu ye...hrp dapat membantu

Nick JTK berkata...

1 hektar = 107,639 kaki persegi
0.385 hektar = 41,441 kaki persegi

Jika 1 kaki persegi berharga = RM 3.85
Maka 41,441 kaki persegi X RM 3.85 = RM 159,548
( seratus lima puluh sembilan ribu lima ratus empat puluh lapan ringgit )

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. saya nak tanya kalay scale '4 chains to an inch' dalam cp nak tukar ke meter macam mana? tukarkan 375.5 in m sebagai cth. terima kasih

Nick JTK berkata...

Waalaikumsalam....

Kenapa nak ditukar kepada meter pulak? Skala "4 chains to an inch" tu maksudnya setiap 1 inci atas pelan adalah bersamaan dengan 4 rantai di atas tanah. Yang perlu ditukar hanyalah nilai 4 rantai itu saja. Tukar nilai unit rantai kepada nilai unit meter maka akan dapatlah nilai skala tersebut dalam unit meter. Cuma perlu lakukan sedikit perkiraan matematik mudah saja...

1 inci adalah bersamaan = 25mm = 0.025m
4 rantai adalah bersamaan = 20.1168m X 4 = 80.4672m

Maka jadilah : Skala 25mm = 804672mm
Bersamaan : Skala 1 mm = ( 804672mm / 25 ) = 3218mm

Jadi di dalam unit metrik skala tersebut adalah bersamaan :

Skala 1 : 3218

Iaitu setiap 1 mm atas pelan bersamaan 3218 mm atas tanah
atau setiap 1 meter atas pelan bersamaan 3218 meter atas tanah

Tanpa Nama berkata...

so tak perlu tukar ke distance lot dalam pelan akui ke meter , PA yang menggunakan skala 4chains to 1inch tu?

Nick JTK berkata...

Awak ni sebenarnya dah salah faham dengan kegunaan skala rujukan "4 rantai 1 inci" tu. Maksud sebenarnya diberikan skala yg tertentu dalam pelan tanah adalah sebagai rujukan jika kita mahu membuat anggaran jarak mana-mana garisan lot atau jarak antara 2 point tertentu dengan cara mengukur menggunakan pembaris di atas pelan tersebut.

Contohnya jika kita mahu membuat jalan masuk ke lot tertentu. Kita ambilkan pembaris dan ukur jarak dari tepi rezab jalan yang terdekat sehinggalah ke tempat cadangan dibina pintu pagar di atas pelan tanah. Katakanlah jarak pembaris yg kita ukur itu adalah 4 setengah inci. Jadi untuk mengetahui jarak anggaran sebenar di atas maka kita hitung jarak ukuran pembaris tadi dengan skala yg telah diberikan iaitu 1 inci bersamaan 4 rantai.

Jika 1 inci adalah bersamaan dengan 4 rantai maka...
4 1/2 inci pula adalah :
4 1/2 X 4 = 18 rantai

Jika 1 rantai adalah : 20.1168 meter
Maka : 18 rantai X 20.1168 = 362.102 meter

Itulah kegunaan sebenar diberikan skala tertentu di dalam pelan seperti dalam PA lama yang biasanya menggunakan skala 1 inci 4 rantai. Kadang-kadang terdapat juga garisan lot yang tidak dituliskan jaraknya. Jadi untuk mengetahui jarak garisan tersebut, maka gunakalah pembaris dan ukurlah jaraknya dan hitung dengan menggunakan skala yang telah diberikan...

Tanpa Nama berkata...

Selamat malam, tuan.baru-baru ini jiran saya telah membuat kerja-kerja ukur tanah bagi pendirian rumah baru mereka.Malangnya kami diberitahu kerja-kerja ukur tadi mendapati sempadan rumah kami telah melepasi sempadan mereka. Mungkinkah kalau perkara ini diheret ke mahkamah, kami kena robohkah dinding rumah kami yang sudah diduduki selama 30 tahun? Untuk makluman tuan, kami pernah 'renovate' rumah kami pada 2008 kerana air hujan dan anai anai yang teruk. Masa itu, kontraktor kami cuma gantikan dinding papan dengan bata sahaja. Jiran kami beritahu sepatutnya kami kena consult surveyor dulu sebelum kerja 'renovate' kami. Dan untuk fee surveyor, berapa agaknya upah fee surveyor kalau kami nak tahu betulkah claim jiran kami tentang tuntutannya itu, terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Selamat pagi, saya tak dapat nak tidur sekarang kerana risau keadaan rumah saya. Saya ialah 'tanpa nama' yang ujurkan soalan pada 15.2.15.Satu maklumat yang saya dapat ialah batu sempadan konkrit lama nampaknya ditanam di pagar sebelah jiran saya. Jikalau betul claim jiran saya itu, adakah ini bermaksud batu sempadan konkrit lama sudah salah ditanam oleh orang dulu. Mungkinkah ini berlaku? Adakah ini juga bermaksud, saya mesti upah surveyor untuk pindah batu sempadan lama itu dan ini pula agak berapa fee yang kena dibayar? Akhir sekali, nak beritahu saya dari Kuala Lumpur. terima kasih.

Nick JTK berkata...

Tuan / Puan boleh terus hubungi saya melalui telefon, sms atau whatsapp ke nombor 012-3949064

Terima kasih..

Tanpa Nama berkata...

saya ingin bertanya skala: 32 rantai seinci bersamaan berapa skala nisbah?

Nick JTK berkata...

Skala 1 inci = 32 rantai ????
Skala yang sangat pelik dan jarang sekali digunapakai dalam pelan tanah kecuali dalam peta jalan Malaysia atau peta topografi yang merangkumi kawasan yang luas.

1 inci adalah = 0.025 meter

Jika 1 rantai adalah : 20.1168 meter
: 32 rantai X 20.1168 = 643.7376 meter

Maka skala tersebut adalah = 0.025 : 643.7376
dan jika mahu dibundarkan kepada nisbah 1 perlulah dibahagi kepada 25 dan ditukar pula unit menjadi 'mm' menjadi :-

Skala 1 mm : (( 643.7376 meter / 25 ) X 1000 ) mm
Skala 1 : 25749.5

Kulark berkata...

Assalamualaikum nak tanya dalam geran ayah, dia tulis 2r. 363j. Ditukarkan kepada kaki persegi berapa ya..

Nick JTK berkata...

Waalaikumsalam...

2r. 363j itu adalah merujuk kepada unit lama 'Relung' dan 'jempa'

Formula asasnya adalah :-

1 relung = 30,976 kaki persegi
1 relung = 484 jempa
1 jempa = 64 kaki persegi

Jadi 2r 363j adalah bersamaan : 2 relung + 363 jempa

= (( 2 x 30,976 ) + ( 363 x 64 )) kaki persegi
= ( 61,952 + 23,232 ) kaki persegi
= 85,184 kaki persegi

( LAPAN PULUH LIMA RIBU SATU RATUS LAPAN PULUH EMPAT KAKI PERSEGI )

Tanpa Nama berkata...

Dapat info yang terbaik ( ☆☆☆☆☆)

Tanpa Nama berkata...

assalam tuan..saya ada tanah berukuran 2 ekar 1 rood 25 pole..bole tuan tunjukkan pengiraan keluasan tanah saya dlm meter dan kaki..trima kasih..maaf tak berapa pandai dlm pengiraan..

Nick JTK berkata...

Dengan panjang lebar saya dah tuliskan cara-cara nak kira dan saya juga dah sediakan contoh bagaimana nak kira tukaran nilai luas tanah.

Ini adalah yang permintaan yang terakhir yang saya akan tolong kirakan. Selepas ini saya tidak akan menjawap lagi soalan yang sama yang minta saya kira tukaran nilai jarak atau luas dari satu unit ke unit yang lain.

Formula asas bagi pengiraan :-

1 ekar = 4046.86 m2
1 Rood = 1011.7 m2
1 pole = 25.295 m2

Maka luas tanah : 2 ekar 1 Rood 25 pole

= ( 2 x 4046.86 ) + ( 1 x 1011.7 ) + ( 25 x 25.295 )
= ( 8093.72 ) + ( 1011.7 ) + ( 632.375 )
= 9737.80 m2

Untuk menukar kepada kaki persegi pula :

= 9737.80 x 10.764
= 104,818 kp

Tanpa Nama berkata...

trima kasih tuan..cuma saya kurang fhm..dari mana dtg (10.764) tu..

Tanpa Nama berkata...

maaf tuan..saya dah fhm..nmpk penerangan kat atas..trima kasih

matjawa berkata...

Assalamualaikum
Saya ada sedikit kerja ukur untuk ditawarkan
Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi saya di 0129897123
Kerjasama tuan sangat2lah saya hargai
Terima kasih

Nick JTK berkata...

Waalaikumsalam dan terima kasih atas tawaran kerja tersebut...

Unknown berkata...

Sy nk tnye ape formula utk mnukar kan luar sesuatu kawasan kpada ukur lilit kwsan trsebut . contoh . satu ekar tanah . mcm mna sy nak tahu ukir lilit satu ekar tanah tu ?

Nick JTK berkata...

Ukur lilit bagi setiap keluasan itu adalah 'various'. Maksudnya tak menentu dan juga tak tetap. Bagi jumlah luas yang sama walaupun dalam sebarang bentuk tetapi jumlah ukur lilitnya adalah tidak sama.

Contoh yang mudah adalah dalam bentuk 4 segi untuk anda lebih faham maksud saya...

1 ekar = 4047 meter persegi

Untuk menghitung luas adalah dengan mendarabkan jumlah jarak bagi Panjang ( P ) dengan jumlah jarak bagi Lebar ( L ).

Contoh 1

404.7m ( P ) x ( L ) 10m = 4047 m2

Jumlah ukur lilitnya adalah :
404.7m ( kanan ) + 10m ( atas ) + 404.7m ( kiri ) + 10m ( bawah )
= 829.4m

Contoh 2

100m ( P ) x ( L ) 40.47m = 4047 m2

Jumlah ukur lilitnya adalah :
100m ( kanan ) + 40.47m ( atas ) + 100m ( kiri ) + 40.47m (bawah)
= 280.94m

Kedua dua contoh adalah berkeluasan yang sama iaitu 1 ekar ( 4047 m2 ) dan dalam bentuk yang sama iaitu 4 segi tetapi jumlah bagi ukur lilit masing-masing tidak sama.

Contoh 1 mempunyai ukur lilit dengan jumlah jarak 829.4m manakala contoh 2 pula mempunyai ukur lilit dengan jumlah jarak 280.94m.

Moga anda faham dengan jawapan untuk soalan anda..
Terima kasih

Unknown berkata...

Maaf ya klo mo buat peta 1 ha di kertas a3 skala yg pasnya berapa ya? Terima kasih untuk waktunya

Nick JTK berkata...

1 hektar = 10,000 m2
Secara anggapan panjang dan lebarnya adalah : 100m X 100m

Kertas A3 pula saiznya adalah ; 420 X 297
Jadi skala yang paling sesuai untuk ploting file AutoCAD adalah

Skala AutoCAD = 1 : 1 ( Skala plan 1 : 1000 )

( 1 unit / mm atas pelan = 1000 unit / mm / 1 meter atas tanah )

Tanpa Nama berkata...

Hi selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin..

Saya Bon dri Sabah, persoalan saya begini, saya ada tanah warisan keluarga dan ngam-ngam tanah saya itu menghadap jalan raya utama (jalan raya besar), keluasannya hanya 1 lot sahaja, seandainya di masa akan datang pihak kerajaan akan menaik tarap jalanraya yang ada sekarang hanya 2 hala sahaja ke 4 hala, jadi persoalan saya, berapakah ukuran/sukatan keluasan atau panjang tanah saya kena ambil oleh pihak kerajaan untuk membuat jalanraya baru tersebut dan berapakah (baki) tanah saya yang pada mulanya hanya 1 lot sahaja selepas dipotong untuk jalanraya

Terima kasih

Nick JTK berkata...

Selamat Hari Raya juga kepada anda. Sekali lagi saya nak tegaskan ini adalah yang terakhir saya benarkan pertanyaan daripada "TANPA NAMA" hanya semata mata kerana isu yang ditanyakan di atas iaitu bersangkutan dengan pengambilalihan tanah lot persendirian oleh kerajaan bagi tujuan pelebaran jalan, rezab peparitan dan lain-lain.

Saya berikan kebenaran kepada TANPA NAMA hanya sebagai informasi kepada semua pembaca yang masih tak pasti dan tak tahu mengenai kuasa 'pengambilalihan tanah' yang ada di pihak samada kerajaan negeri ataupun kerajaan pusat. Selepas ini sebarang pertanyaan daripada 'tanpa nama' tidak akan disiarkan di sini lagi.

Untuk pengetahuan anda apabila membina bangunan di lot yang terletak di tepi jalan ada keperluan membuat permohonan membina bangunan dan mematuhi garis panduan yang memerlukan dinding bangunan itu di anjakan sejauh 20 kaki daripada garisan sempadan tanah yang berada di hadapan atau di tepi bangunan tersebut. Bagi dinding belakang pula perlulah mematuhi keperluan 'set-back' sejauh 10 kaki dari garisan sempadan tanah. Ini adalah garis panduan yang biasa digunapakai dimana mana daerah pun di Malaysia.

Suka saya maklumkan bahawa pihak kerajaan mempunyai kuasa pada bila-bila masa saja kerana telah diperuntukan undang-undang di bawah akta Kanun Tanah Negara pihak kerajaan berupaya untuk mengambil tanah persendirian bagi tujuan pembangunan. Tetapi bukanlah dirampas secara percuma, setiap pengambilalihan itu akan diberikan pampasan yang akan dibayar oleh kerajaan kepada pemilik tanah berupa kadar pasaran semasa untuk tanah tersebut, pampasan kepada sebarang bangunan kekal yang ada di atas lot tanah tersebut dan juga pampasan kepada pokok-pokok tertentu yang ditanam di atas tanah tersebut mengikut kadar harga per pokok contohnya pokok getah, kelapa sawit, durian, manggis, rambutan, mangga dan lain-lain. Tetapi setiap benda yang akan dituntut bayaran oleh pihak tuan tanah itu perlulah dulu ada ditandakan di dalam pelan butiran dan topografi yang diukur oleh pihak jurukur tanah yang dillantik oleh kerajaan.

Mengenai kelebaran tanah bagi tujuan pengambilan tanah tersebut tidaklah dapat dipastikan dan ianya bergantung kepada keperluan pembangunan yang akan dilakukan di atas tanah tersebut. Biasanya kelebaran yang diperlukan bagi setiap kerja-kerja pelebaran jalan adalah selebar samada 20 kaki atau 40 kaki dari garisan sempadan lot tanah tersebut atau kadang-kadang keseluruhan lot tanah tersebut akan dibuat pengambilalihan oleh kerajaan tanpa mengira berapa pun luas sebenar lot tanah tersebut.

Jadi nasihat saya kepada tuan tanah yang mahu membina rumah di atas lot tanah yang terletak bersebelahan dengan jalan, anjakkanlah dinding rumah anda itu pada jarak sekurang kurangnya 20 kaki daripada garisan sempadan. Dan jika anda mampu menganjakkan dinding rumah anda tersebut melebihi dari jarak 40 kaki daripada garisan sempadan itu adalah lebih baik lagi bagi pengekalan rumah itu dimasa hadapan walaupun selepas ada pengambilan tanah untuk pelebaran jalan.

Bagi mengetahui tentang sebarang perancangan pembangunan di masa hadapan oleh pihak kerajaan di lokasi lot tanah anda berada, anda perlulah pergi membuat rujukan di pejabat tanah daerah iaitu di pejabat jabatan perancang bandar kerajaan samada di pejabat tanah daerah atau pun di pejabat majlis perbandaran / daerah iaitu pihak berkuasa tempatan bagi daerah tanah ada berada.

Terima kasih kerana membaca blog ini..

Tanpa Nama berkata...

Ribuan terima kasih
Blog ini amat membantu...

Daus berkata...

Assalam tuan BBB.bagaimana pula ukuran pelan tanah (pa) dlm unit 'T'? Contohnya panjang 1sisi 80.5T.mohon bantuan tuan yg lebih arif.

hasrihassan berkata...

Assalam. Adakah pihak tuan menyukat tanah di negeri Perlis?

Nick JTK berkata...

Wasalam..

Buat masa sekarang pihak kami hanya membuat kerja di sekitar lembah klang saja iaitu di negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Kami tidak membuat kerja di negeri Perlis

Nick JTK berkata...

Wasalam..

Yang dimaksudkan dengan 'T' itu adalah singkatan bagi TOTAL atau jumlah keseluruhan jarak bagi garisan berkenaan. Unit yang digunakan di dalam pelan tanah yang lama jika ditulis 80.5 ( cuma 1 angka bernilai selepas titik perpuluhan ) yang sebenarnya adalah dalam unit LING. Jadi maksud 80.5T adalah jumlah keseluruhan jarak bagi garisan tersebut adalah 80.5 ling.

1 ling = 0.201168 meter
100 ling = 1 rantai = 20.1168 meter

clyfia berkata...

salam... nak minta pendapat ya, kalau panjang dan lebar 2 rantai (atas,siring,bawah smua 2 rantai) kalau nak kira dalam petak.. ada berapa petak ya? samada 2 petak atau 4 petak

azym berkata...

mengapa relung kedah dan relung pulau pinang tidak sama...mohon pencerahan..terima kasih..

Nick JTK berkata...

Saya pun ada pernah terbaca bahawa unit relong antara di Kedah dan di Pulau Pinang berlainan.

Tapi pendapat itu tidak dapat disahkan secara rekod dan sejarah kerana di dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka yang merekodkan segala ungkapan bahasa Melayu lama hanya tertulis 1 saja nilainya.

Mengikut kamus DBP tersebut unit relong adalah :

Dari segi JARAK

1 relong = 176 kaki = 53.6448 meter

Dari segi LUAS

1 relong = 0.711 ekar = 0.2877 Hektar

Jikalau anda masih ada kemushkilan mengenai unit relong ini, sila bertanyakan kepada pihak yang lebih bertanggungjawap seperti Jabatan Pertanian dan Pejabat Tanah

Unknown berkata...

salam..maaflah kalau soalan saya ni sedikit menganggu..

saya tak pandai baca keluasan tanah..saya cuma pandai baca keluasan tanah rumah..contohnya, 40x100, jadinya boleh nampak luas tanah tu macam mana.

jika boleh ajarkan saya, macamana boleh dapat kiraan nilai seperti itu? contohnya 1 ekar, jika ditukar dalam nilai seperti 40x100 tu, berapa ya nilainya?

terima kasih sekali lagi kerana sudi membantu..

Nick JTK berkata...

Contoh yang anda berikan itu adalah dalam unit KAKI. 40 X 100 maksudnya adalah 40 kaki lebar darab 100 kaki panjang = 4000 kaki persegi

Bagi unit ekar pula apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menukar keluasan dari unit ekar kepada unit kaki terlebih dahulu kemudian barulah dapat dibuat pengiraan panjang dan lebarnya pula.

1 Ekar = 43560 kaki persegi

Boleh dianggarkan dalam unit kaki sebagai :-
( lebar X panjang )

1.) 200 X 218
2.) 100 X 436
3.) 50 X 871

Kesemuanya akan berjumlah keluasan hampir kepada 1 ekar atau 43,560 kaki persegi

Nick JTK berkata...

Ada pengunjung yang bertanya melalui email mengenai luas tanah dalam unit RANTAI nak ditukarkan ke unit EKAR.

Sebenarnya unit rantai lebih selalu digunakan untuk mengira jarak jauh bukan luas tanah. Tetapi pada zaman dulu, bila ditanya pada orang-orang tua dulu berapakah luas tanah dia. Ada juga yang akan sebut "adalah dalam 10 rantai".

Jadi pertanyaan yang saya terima bertanyakan "berapa luaskah tanahnya iaitu 46 rantai jika dalam unit ekar".

1.) Menukar unit Rantai ke Kaki / Meter Persegi

1 rantai ( jarak ) = 66 kaki = 20.1168 meter
1 rantai ( luas ) = ( 66 x 66 ) = 4356 kp
1 rantai ( luas ) = ( 20.1168 x 20.1168 ) = 404.686 m2

2.) Menukar Luas Dalam Unit Rantai ke Ekar

Jika : 1 ekar = 43560 kp = 4046.86 m2
Jika : 1 rantai = 4356 kp = 404.686 m2

Maka : 1 ekar = 4046.86 / 404.686 = 10 rantai

Jika : 10 rantai = 1 ekar

46 rantai = 46/10 = 4.6 ekar

bayiewahab berkata...

As'kum admin..terima kasih atas bantuan admin dlm blog ni..byk ilmu yg dpt kami pelajari n gunakan sehingga akhir hayat kami..juga untuk generasi akan datang..terima kasih banyak-banyak admin..terbaik..

Is berkata...

Tolong nk buat kaki persegi xpandai.kira lebar 225cm panjang 348cm segi empat sama bentuknya..terima kasih

Nick JTK berkata...

Nak tolong tapi sebenarnya saya sendiri pun tak berapa faham apa sebenarnya yang nak dikira disini. OK lah saya cuba...

Formula asas :

1 meter = 100 cm
1 m2 = 10.764 kp
Luas = Panjang X Lebar

Cara pengiraannya adalah seperti berikut :-

Lebar = 225 cm = ( 225/100 ) = 2.25m
Panjang = 348 cm = ( 348/100 ) = 3.48m
( Luas = Panjang X Lebar )
= 3.48m X 2.25m
= 7.83 m2

meter persegi ( m2 ) tukar kepada kaki persegi ( kp )

1 m2 = 10.764 kp

Maka jawapan kepada soalan anda adalah :-
= 7.83 X 10.764
= 84.28 kp

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum. Terima kasih atas info

Unknown berkata...

Syukran Jazilan atas segala ilmu yang dikongsi 👍👍👍

Unknown berkata...

salam.cmna nk kira bearing,minit and saat dalam pelan tanah ?

Nick JTK berkata...

Untuk mengira bearing dan jarak dalam pelan tanah perlukan kalkulator yang khas yang boleh dimasukkan program untuk membuat pengiraan di dalamnya.

Tetapi pada waktu dahulu sebelum adanya kalkulator program ini, apabila semua pelan tanah dilukis secara manual bukan seperti sekarang yang gunakan komputer, peralatan yang diperlukan adalah jangkasudut dan juga pembaris berskil. Sekarang pun ia boleh dibeli di kedai alat tulis dan jenama yang agak terkenal adalah 'Oxford Geometry Mechanical Tool' iaitu berupa satu kotak pensil yang didalamnya terdapat alat2 untuk melukis pelan.

Secara kasar, kita semua sudah belajar di sekolah mengenai sudut dan bearing. Satu bulatan adalah bersudut 360 darjah. Garisan Utara adalah bersudut 0 darjah, Timur 90 darjah, Selatan 180 darjah dan Barat 270 darjah. Ia adalah sama seperti jam kerana setiap 1 darjah adalah terdiri dari 60 minit. Dan setiap 1 minit pula terdiri dari 60 saat.

Jikalau anda tidak mempunyai pengetahuan mengenai geometri serta sudut dan bearing maka adalah susah untuk saya jelaskan bagaimana caranya hendak mengira dan mencari bearing dan jarak yang tepat bagi sasuatu garisan yang terdapat dalam pelan tanah

Unknown berkata...

salam..bagaimana sy nk tahu harga semasa tanah status pertanian? boleh sesiapa wsap pd sy 0135321789

Pn Alawiah berkata...

Saya bercadang utk membina rumah 2 tingkat di atas tanah sendiri.4 bilik atas dan 2 bilik bhg bawah.master bed room pd bahagian bawah dan bilik tetamu.keluasan rumah tersebut lebih kurang 45 ×49.adakah rumah tersebut agak kecil saiznya krn saya tak blh bayang besar rumah tsbt.bhg atas ada 4 bilik dan bhg bawah ada 2 bilik iaitu masterbed room dan bilik tetamu.ruang tamu luas 200 kaki persegi dan dapur kering 150 dan dapur basah 100.ruang keluarga bhg bawah 400 kaki persegi.
Adakah pembahagian yg saya buat tu sesuai dan selesa.saya temgok spt semuanya kecil je..luas binaan bawah ialah 1790 kaki persegi

Nick JTK berkata...

Kecil atau besar, luas atau sempit sesebuah rumah yang nak dibina itu semua adalah bergantung kepada jumlah kemampuan dari segi modal bagi kos pembinaannya. Jika punyai kemampuan adalah lebih baik dibuat serba besar dan luas kerana kita tak perlu lagi nak ubahsuai rumah pada 10-20 tahun akan datang apabila jumlah ahli keluarga telah bertambah dan semakin membesar.

Tapi bagi saya jika rumah yang hendak dibina ini dengan keluasan tapak 45 X 49 kaki dan dibina 2 tingkat maka ia adalah sebuah rumah yang tidak kecil. Cuma saya berpendapat adalah lebih baik jika puan besarkan lagi keluasan bagi ruang dapur basah. Ruang dapur basah atau dapur bagi memasak perlu lebih luas lagi bagi memberi kesan suasana lapang kerana selain dari kitchen kabinet lebar 2 kaki bagi dapur masak, ruang dapur juga perlu disediakan dengan ruang sinki bagi membasuh pinggan mangkuk, ruang kabinet penyimpanan perkakasan dapur, ruang bagi peti sejuk, kabinet bagi peralatan elektrik seperti periuk nasi, microwave, oven, blender serta kabinet bagi stok makanan kering. Ruang dapur yg luas juga akan memberikan kesan peredaran udara yang lebh baik bagi mengelak daripada menjadi cepat panas akibat kesan haba panas akibat aktiviti memasak. Ruang yg luas juga boleh mengelakkan kesan bau melekat di dinding. Ruang dapur untuk memasak anda yg hanya 10 x 10 kaki itu adalah sempit. Mungkin ruang makan anda dengan keluasan 150 kaki atau 10 x 15 sudah cukup luas bagi diletakkan dengan meja makan 6 / 8 orang. Tetapi jika hendak diluaskan lagi pun adalah lebih bagus kerana boleh menempatkan lebih ramai org untuk makan pada waktu yg sama contohnya jika anda mengadakan kenduri atau rumah terbuka. Ruang makan yang tidak luas boleh diluaskan dengan cara meletakkan cermin besar di dindingnya serta dicatkan dengan warna putih atau warna cerah yg lain. Jangan gunakan warna yg gelap bagi ruang dapur makan serta bilik kerana walaupun ruangan itu besar dan luas tetapi akibat kesan cat dinding yang gelap akan memberikan kesan pemandangan menjadi sempit.

nard berkata...

Salam. Sy ingin membeli tanah pertanian yang mempunyai syarat nyata untuk padi.Tanah sudah ditambak.bukan kawasan sawah lagi.Skrg tanam jagung.Apakah risiko sy beli tanah ini. Apakah2 langkah yg perlu sy buat tuk urusan pembelian tanah. Tanah berharga RM80k. Owner janji untuk pecahkn geran(ade 3 nama, 2 ekar) dan uruskan pecah tanah. Sy nak beli 1 ekar sahaja. Mohon nasihat pihak tuan. terima kasih.

Farhan berkata...

Assalamualaikum..
Saya nak bertanya, apakah maksud bagi ukuran 1/16 sh??

Nick JTK berkata...

Salam...
Maaf saya mungkin dah terlepas pandang dengan pertanyaan anda ini. Baru sekarang saya perasan saya belum bagi jawapan.

Saya pun kurang arif dengan peraturan pejabat tanah serta pengrizaban tanah simpanan untuk tanaman padi sebagai jaminan bekalan hasil tanaman itu akan kekal sampai bila2 pun. Walaupun begitu kesan pembangunan sekeliling serta faktor2 lain amat mempengaruhi kegunaan tanah pada masa kini walaupun telah direzabkan sebagai kawasan pertanian padi.

Selagi ia masih dalam kategori pertanian walaupun tidak lagi ditanam dengan padi, pada pendapat saya ia tidaklah melanggar apa2 peraturan atau undang2 kanun tanah negara.

Cuma urusan pecahan bahagian kepada lot2 berasingan sahaja bagi pendapat saya, jika tuan tanah yg asal tidak menunaikan janjinya tetapi dengan keluasan tanah 1 ekar iaitu melebihi dari 1/4 ekar syarat keluasan minima tanah pertanian, anda sendiri pun boleh membuat permohonan untuk mendapatkan geran berasingan. Walaupun kosnya akan ditanggung oleh anda sendiri tapi dengan adanya geran berasingan yang tidak dikongsi dengan org lain, tanah tersebut akan meningkat nilainya berbanding jika masih lagi berkongsi geran dgn org lain.

Buat masa skrg, tanah luas 1 ekar berharga RM80k amatlah berbaloi untuk dibeli jika berkemampuan. Dalam tempoh beberapa tahun saja, nilainya akan meningkat 2x ganda dan bakal memberikan keuntungan kepada pembelinya

Nick JTK berkata...

Waalaikumsalam...
Saya kurang faham apakah maksud sebenar pertanyaan anda tersebut. Jika anda dapat menunjukkan contoh kepada saya dengan mengirim ke email saya, barulah saya boleh melihat dan faham. Barulah saya dapat menjawap pertanyaan anda

Unknown berkata...

salam bro, tumpang tanya, sy simbol ukuran yang sy x paham. puas dah mengoogle.. tapi x jumpa.. sy sedang mencari jarak panjang tanah. unit yang ditulis adalah scld.. harap dapat membantu. terima kasih

Nick JTK berkata...

Salam...
Selain daripada kesemua unit yang sudah saya tuliskan dalam posting sini memang tak ada lagi unit lain atau simbol lain yang digunakan di dalam pelan tanah. Saya tak rasa bahawa 'scld' itu satu simbol atau unit. 'Scl' kalau ada pun mungkin hanya dari singkatan 'scale' iaitu bermaksud 'skil' atau 'skala' dalam bahasa Melayu.

Kalau anda boleh kirimkan foto pelan tanah tersebut ke email saya, mungkin saya dapat bantu anda pastikan apakah yang sebenarnya

HermanWahid berkata...

salam sejahtera bro. bole saya tahu dari mana datangnya peraturan tentang set-back 10 kaki dari garis sempadan? ini kerana pemaju di sebuah projek brhamoiran rumah saya mendirikan tembok penahan diatas sempadan yang mana terlalu hampir dengan kejiranan kampung. harap dapat membantu

Nick JTK berkata...

Set back jarak 20 kaki antara dinding rumah dengan rezab jalan dan jarak 10 kaki dengan sempadan lot bersebelahan adalah peraturan yang disyaratkan oleh pihak Majlis Perbandaran bagi mendapatkan kelulusan untuk permohonan membina rumah kediaman. Tapi bagi pembinaan tembok atau retaining wall untuk perbezaan ketinggian tanah memang kebiasaanya akan dibina disepanjang garis sempadan antara 2 lot yang terlibat. Anda boleh membuat laporan kepada pihak Majlis Perbandaran / Daerah jika terdapat sebarang masalah dengan pembinaan tembok tersebut.

Cuma apa yang dapat saya katakan disini adalah, jika pelan bagi pembinaan tembok tersebut tidak mendapat kelulusan daripada pihak Majlis Perbandaran, pihak pemaju pasti tidak akan membinanya kerana kegagalan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak Majlis akan menyebabkan sijil CF / kelayakan menduduki bangunan yang dibina tidak akan diluluskan.

shahrizal berkata...

Salam admin, terima kasih diatas info yang dikongsikan di dalam blog tuan ini,amat membantu saya untuk membuat kiraan Dan mengetahui keluasan dan jarak sebidang tanah.

Unknown berkata...

salam bro, tumpang tanya, sy simbol ukuran yang sy x paham. puas dah mengoogle.. tapi x jumpa.. sy sedang mencari jarak panjang tanah. unit yang ditulis adalah "Ki contoh 13.660Ki.. harap dapat membantu. terima kasih

Nick JTK berkata...

Salam..
Kalau anda membaca keseluruhan isi kandung artikel ini pasti anda dah tahu apakah maksud sebenar simbol 'Ki' yang ditulis dalam pelan tanah.

Simbol perkataan 'Ki' ( Bahasa ) atau 'Cal' ( English ) di belakang jarak yang ditulis di atas garisan sempadan dalam mana-mana pelan tanah adalah bermaksud bahawa jarak tersebut didapati nilai panjangnya hanya secara pengiraan di atas kertas sahaja dan bukanlah secara pengukuran di atas tanah.

Nick JTK berkata...

Salam..

Terima kasih. Inilah matlamat saya apabila menulis artikel mengenai jarak & luas tanah. SHARING IS CARING. Perkongsian ilmu untuk memberikan kefahaman dan sedikit sebanyak ilmu kepada para pembaca khasnya kepada pemilik tanah persendirian

Unknown berkata...

assalammualaikum. saya nak tanya macam mana nak baca dalam ekar guna pointer..
cth 0e 2r 37.8pol
=(1011.7x2)+(25.293x37.8)
=2023.4+956.08
=2979.48
kalau macam ni mcm mana sebutan dlm point??
adakah bahagiannya adalah 0.29795ekar
sy kurang jelas
kalau salah boleh mohon jelaskan

Nick JTK berkata...

Waalaikumsalam..

Apa yang anda kira tu adalah betul caranya cuma kiraan itu bukan dalam unit 'ekar' tapi dalam unit 'm2' atau 'meter persegi'.

Kalau nak ditukar dari 'meter persegi' kepada ekar & hektar, begini caranya :

FORMULA ASAS

1 Ekar = 4046.86 m2
1 Hektar = 10,000 m2

Maka : 2979.48 m2 / 4046.86 m2
= 0.736 Ekar

Maka : 2979.48 m2 / 10,000 m2
= 0.2979 Hektar

tfa berkata...

salam...mcmana nak tau (pnjg x lebar) jika 376 m2

ApaAkuKata&Rasa berkata...

Assalamualaikum
sy nak tanya tanah tu 0.5615 hektar = 1.40375 ekar

Penama A - 1/360 bhgn
Penama B - 59/360 bhgn
Penama C - 1/6 bhgn
Penama D(pemegang amanah) - 4/6 bhgn

Soalan sy mcm mana nak tau ekar penama2 tersebut??

P/s:admin & blog ni sgt membantu, dpt tmbh ilmu..☺

Nick JTK berkata...

Panjang dan lebar tanah boleh menjadi berbeza-beza walaupun luas tanah tersebut adalah sama seperti yang anda tanyakan : 376 m2.

Luas = ( P ) panjang X lebar ( L )

1. ( P ) 37.6 m X 10 m ( L ) = 376 m2
2. ( P ) 100 m X 3.76 m ( L ) = 376 m2
3. ( P ) 20 m X 18.8 m ( L ) = 376 m2
4. ( P ) 19.39 m X 19.39 m ( L ) = 376 m2

Harap anda faham..

Nick JTK berkata...

Waalaikumsalam..

Luas tanah 0.5615 hektar sebenarnya adalah bersamaan dengan 1.387 ekar bukan 1.403 ekar seperti yang anda tuliskan.

1 hektar = 10,000 m2
1 ekar = 4046.86 m2
0.5615 hektar = 5615 m2
5615 m2 / 4046.86 m2 = 1.387 ekar

Untuk mengetahui luas dalam ekar setiap bahagian tanah tersebut anda perlulah darabkan dengan 1.387

A = 1/360 X 1.387 = 0.004 ekar
B = 59/360 X 1.387 = 0.227 ekar
C = 1/6 X 1.387 = 0.231 ekar
D = 4/6 X 1.387 = 0.925 ekar

afifah berkata...

assalamualaikum, saya ingin bertanya. jika didalam pelan menulis 1085sc maksudnya apa ye?

Nick JTK berkata...

Waalaikumsalam..

Anda mesti tak baca habis artikel di atas tapi langsung tulis pertanyaan ke sini. Kalau baca mesti anda dah jumpa apa maksud 'sc' di belakang 1085 tu.

1085 adalah jarak garis sempadan tetapi apabila ditulis 'sc' dibelakang ia bermaksud jarak itu didapati dari 'scale' / ukuran guna pembaris berskala di atas kertas / pelan sahaja dan bukan daripada ukuran menggunakan alat ukur di atas tanah.

Unknown berkata...

salam, nak tanya kalau 4.1733 hektar (10 ekar 1 road 10.0000 pole) bagaimana nak tukar kepada Metric ?

lagi satu soalan, bagaimana tanah persendirian ambil di ambil alih sebagai tujuan pemajuan di kawasan tersebut. terima kasih

hazimah berkata...

thanks for sharing this info.very good info

Aku Anak Kampung berkata...

Bagaimana nak tahu bukak dan panjang tanah yang berkeluasan 1.272ha

SyaPeanut berkata...

hai,assalamualaikum saya nk bertanya, 8 rantai seinci = 1 : 6336 itu jalan pengiraan dia bagaimana ye? saya kurang faham.

Org kampung berkata...

Salam,saya sukat luas tanah saya adalah 22 rantai 45kaki.boleh tolong kirakan jumlah ekar tanah