27 September 2022
UNIT UKURAN JARAK DAN LUAS TANAH ( BAHAGIAN 2 )
26 September 2022
GARISAN SEMPADAN TANAH BERTINDIH : SATU CADANGAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN SECARA AMAN
HINDARI PERSENGKETAAN DAN PERGADUHAN BERPANJANGAN TANPA PERLU TINDAKAN UNDANG-UNDANG
SEKIAN,
TERIMA KASIH
15 September 2022
FAQ's : SEBUTHARGA UKUR TANAH
tanah. Boleh saya tahu berapakah harga untuk ukur tanah saya..?
1.) Jenis Kerja Ukur Tanah yang perlu dibuat
2.) Faktor LUAS tanah
3.) Faktor LOKASI tanah
4.) Faktor GEOGRAFI ( Keadaan mukabumi lokasi )
5.) Faktor SAMPINGAN
i.) Pembelian info & pelan PA dari Jabatan Ukur ( JUPEM )
ii.) Jenis format pelan yang diperlukan sama ada pelan biasa untuk kegunaan sendiri atau pelan rasmi untuk urusan rasmi pelanggan
iii.) Yuran endorsement Jurukur Tanah Berlesen ( LS ) bagi setiap jenis pelan rasmi yang perlu disediakan
iv.) Jumlah bahagian yang perlu di ukur tanda di atas tanah
v.) Jumlah hari bekerja yang diperlukan
vi.) Jumlah pasukan jurukur yang diperlukan
Dan dokumen tambahan seperti berikut jika pelanggan mahu membuat kerja ukur yang membabitkan 'pecahan bahagian'
6.) Salinan pelan pecah bahagian ( jika sudah pernah dibuat )
5.) Saya setuju dengan harga dan sudah buat bayaran deposit jadi bilakah kerja ukur tanah saya akan dibuat..?
Kebiasaannya tarikh kerja adalah tarikh yang dicadangkan oleh kami tetapi dipilih dan dipersetujui oleh pelanggan. Tarikh tersebut adalah tarikh yang bersesuaian dengan kedua dua pihak. Pelanggan juga boleh membuat tempahan tarikh tetapi tarikh tersebut perlulah dipersetujui oleh kami. Jadual kerja setiap pelanggan adalah mengikut sistem giliran, siapa cepat dia didahulukan.
JENIS PETANDA SEMPADAN YANG AKAN DIGUNAKAN
012-394 9064
SEKIAN TERIMA KASIH
08 Julai 2022
LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA ( LPS @ TOL )
LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA ( LPS @ TOL )
Tahukah
anda, mengusahakan apa-apa aktiviti di atas tanah kerajaan yang terbiar atau di
dalam kawasan simpanan rentis TNB dengan tanpa kebenaran adalah merupakan satu
kesalahan. Ini boleh dianggap sebagai menceroboh atau menduduki tanah kerajaan
secara tidak sah.
Penceroboh
boleh didenda dan disabitkan kesalahan di mahkamah oleh Pihak Pentadbir Tanah Daerah
di bawah Akta Kanun Tanah Negara.
Seperti
foto lampiran yang ditunjukkan disini, yang sebenarnya terdapat aktiviti yang
dibenarkan dan boleh diberikan kebenaran contohnya tanaman sayur sayuran, tebu
atau pisang serta lain-lain tanaman bersifat tidak kekal yang lain yang boleh
dibenarkan di dalam kawasan rentis TNB. Manakala bagi tanah kerajaan yang bukan
simpanan rentis TNB pula terdapat lebih banyak lagi kegiatan serta tujuan yang
boleh diberikan kebenaran. Untuk tahu jenis aktiviti yang mendapat kebenaran
pada sesuatu lokasi anda perlulah pergi bertanya dan dapatkan kebenaran yang
sah di Pejabat Tanah Daerah.
Anda
boleh membuat permohonan rasmi kepada pihak Pentadbir Tanah Daerah di pejabat
tanah daerah lokasi tanah tersebut berada dengan mengemukakan butiran lokasi
kedudukan dan keluasan tanah dalam bentuk pelan ‘Pra-Hitungan’ yang disediakan
oleh pihak jurukur tanah.
Kebenaran
yang sah inilah yang disebut sebagai ‘LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA’ ( LPS ) atau
lebih sering disebut sebagai geran T.O.L
Dibawah
adalah ringkasan daripada portal rasmi Pejabat Tanah & Galian Negeri
Selangor berkenaan cara membuat permohonan bagi mendapatkan kebenaran ‘LESEN
PENDUDUKAN SEMENTARA’.
---------------------------------------------------------------------------------------------
PERMOHONAN LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA (TOL)
Di
bawah Seksyen 65 KanunTanah Negara
Suatu kebenaran dalam bentuk lesen yang bersifat sementara diberikan oleh Pihak
Berkuasa Negeri atau mana-mana pihak yang diberikan kuasa untuk suatu tujuan
yang telah dikhaskan di mana tanpanya seseorang itu akan dianggap sebagai
penceroboh dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
SIAPA
YANG LAYAK MEMOHON
1. Warganegara
Malaysia selain remaja
2. Perbadanan-perbadanan
yang mempunyai kuasa di bawah perlembagaan masing-masing memegang tanah
3. Raja-raja
memerintah, kerajaan, organisasi dan lain-lain orang yang diberi kuasa memegang
tanah di bawah Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular, 1957
BAGAIMANA
MEMOHON
1. Dibuat
melalui Pentadbir Tanah
2. Dibuat
oleh Pemilik Tanah Sendiri
3. Permohonan
hendaklah disertakan dengan segala dokumen yang berkaitan.
CARA
MEMOHON
1. Permohonan
dibuat oleh pemohon melalui Pejabat Tanah Daerah, pemohon perlu membeli pelan
untuk kawasan yang dipohon
2. Pemohon
perlu mengisi borang LPS di Pejabat Tanah Daerah
3. Borang
yang telah lengkap diisi perlu dikemukan semula ke Pejabat Tanah Daerah beserta
dokumen berikut:
- salinan kad pengenalan pemohon
- 2 salinan Pelan Lokasi / kedudukan tanah
- 1 salinan Lesen Pendudukan Sementara (
jika ada )
FI
PERMOHONAN
- Kadar bayaran permohonan akan dikenakan
di Pejabat Tanah Daerah
KADAR
PREMIUM YANG DIKENAKAN
- Mengikut Kaedah Tanah Selangor
KUASA
MELULUSKAN
- Pihak Berkuasa Negeri
---------------------------------------------------------------------------------------------
Seperti biasa jika anda ada keperluan
untuk membuat apa-apa urusan ukur tanah ke atas tanah anda bolehlah hubungi
kami melalui saluran yang telah diberikan disini. Untuk lebih mudah kirim
sahaja pertanyaan tersebut melalui telefon dengan kiriman mesej melalui
aplikasi WhatsApp ke nombor :
( klik nombor di bawah )
SEKIAN,
TERIMA KASIH
25 Mac 2022
APLIKASI KALKULATOR CASIO FX-603P PRO2022 ANDROID
APLIKASI
KALKULATOR CASIO FX-603P PRO2022 ANDROID ( updated 1/4/2022 )
Tahukah
anda persamaan antara kalkulator Casio fx-603p dengan kereta Proton Arena.
Selain dari dua-dua barang ini sudah tak dikeluarkan lagi oleh pengilang, nilai
pasaran untuk dua-dua model ini sudah berlipat ganda pada waktu ini walaupun
sudah berusia lebih 30 tahun.
Tahun
1995 kali terakhir penulis dapat beli 3 unit FX-603p pada harga RM 180 setiap satu.
Sekarang jika ada walau seburuk mana pun asal masih boleh mengira, harganya
boleh mencecah 1 ribu lebih.
Sebenarnya
sejak tahun 2014 lagi kalkulator fx-603p ini sudah pun dibuat dalam bentuk
aplikasi Android. Tapi atas faktor ‘privacy & safety’, Google selaku
pemilik sistem operasi Android telah mempertingkatkan halangan dari masa ke
semasa dalam usaha untuk terus kekal mesra pengguna dan peniaga. Setiap kali
sistem operasi Android ini dipertingkatkan maka pihak pengeluar aplikasi turut
terpaksa melakukan perubahan pada aplikasi yang dikeluarkan mereka. Sekarang
sudah ada versi baru yang lebih mudah dan mesra pengguna dikeluarkan khas untuk
Android 10 ke atas. Versi Android 10 ke bawah yang lama masih boleh menginstal
aplikasi ini tetapi mungkin paparan pemuka akan kelihatan berlainan daripada
paparan Android 10 ke atas.
Dengan tersiap sedia 11 program asas untuk kegunaan Jurukur Tanah, pelukis pelan tanah dan pelajar yang terbabit dalam jurusan ukur tanah, ukur bangunan atau sains Geomatik, kami menawarkan aplikasi ini pada harga mampu milik : RM 50 sahaja.
Setiap pembelian
akan menerima satu pakej dengan nota-nota bercontoh cara install, cara setting
& load program serta nota cara penggunaan setiap program yang telah
tersedia ada dalam aplikasi ini. Selain dari 11 program telah tersedia ada,
masih terdapat ruang untuk pengisian 9 lagi program kosong dalam aplikasi ini.
Bagi yang telah mahir dengan kalkulator Casio fx-602p atau fx-603p klasik dan
ada mempunyai program sendiri, anda boleh saja memuat masuk program anda
tersebut dengan cara yang sama seperti memasukkan program dalam kalkulator Casio
Fx-603p klasik. Dan bagi yang tak pernah guna atau tak mahir dengan cara
penggunaan kalkulator Casio FX-603p samada yang klasik atau dalam versi android,
anda boleh memahirkan diri dengan membuat latihan cara penggunaan yang kami
sertakan dalam pakej versi ‘Pro2022’ ini.
Yang
berminat nak mendapatkan aplikasi ini boleh menghubungi kami secara kiriman
pertanyaan melalui Whatsapp ke nombor yang diberikan di bawah :
WhatsApp
ke : 012-394 9064 ( Nick JTB )
Dengan
keluarnya versi baru ‘Pro2022’ mulai bulan Mac, 2022 dengan ini aplikasi ‘Simulator
Casio FX-603p Android’ versi lama yang kali terakhir dinaiktaraf pada tahun
2019 yang lalu sudah diberhentikan pengeluarannya.
SEKIAN,
TERIMA KASIH
07 Mac 2022
CARI & TANDA SEMULA BATU SEMPADAN TANAH LOT
CARI & TANDA SEMULA BATU
SEMPADAN TANAH LOT
Dalam
berbagai bidang kerja ukur tanah, kepakaran kami yang terutama adalah dalam
bidang kerja ukur ‘Cari & Tandakan semula batu sempadan’ tanah lot persendirian.
Tak
kiralah apa jenis tanah lot anda samada tanah kebun, tanah terbiar, tanah rata
dan lapang, tanah bukit, tanah semak belukar atau tanah yang dipinggiran mahu
pun dalam hutan. Selama kami beroperasi dari sebelum adanya teknologi secanggih
sekarang kami belum pernah lagi mengecewakan pelanggan kami.
Walau
lot tanah yang sudah berusia lebih dari 100 tahun dengan pelan PA masih lagi
pelan lukisan tangan. Walau pun batu sempadan asal berupa batu granit batu
bukit generasi pertama penanda sempadan tanah di bumi Malaya atau batu generasi
kedua batu bulat buatan manusia yang tertera ‘bulan & bintang’ tegak
berdiri menunjuk arah kiblat. Samada masih ada di atas tanah atau sudah
tenggelam ke dalam tanah, jikalau masih ada batu tersebut tetap akan boleh
jumpa semula. Kalau tak jumpa di atas tanah, kami akan cuba korekkan tanah
sedalam 1-2 kaki. Kalau tak jumpa juga kami akan timbus balik lubang tersebut
dan tandakan dengan tanda sempadan yang baru.
Agak
pelik juga, antara tanah lot baru yang bernombor 5-6 angka dengan tanah lot
lama yang bernombor cuma sekadar 2-4 angka sahaja. Antara tanah lot baru yang
berlokasi di kawasan perbandaran dengan tanah lot lama yang berlokasi jauh di
dalam semak hutan, adalah lebih mudah untuk jumpa semula batu asal lot lama
daripada lot baru.
Bagi
kami jurukur tanah, apabila dapat jumpa semula mana-mana batu sempadan asal
yang lama, satu perasaan menyeronokkan akan terbit menghilangkan segala rasa
letih dan marah ibarat seperti membuat jaringan gol dalam permainan bolasepak.
Walau pun tak menang tapi jaringan gol tersebut dapat memberikan sedkit
kegembiraan selepas tamat perlawanan. Anda boleh lihat pada foto contoh di
bawah batu-batu sempadan yang kami dapat jumpa kembali pada waktu membuat kerja
cari & tanda semula sempadan tanah lot pelanggan kami.
Jika pemilik tanah persendirian berminat untuk berurusan dengan kami bagi mencari dan tandakan semula sempadan tanah lot anda, sila hubungi kami secara telefon terus atau sekadar kirim mesej melalui aplikasi Whatsapp sahaja ke nombor :
Telefon @ Whatsapp :
012-3949064
( JT Klang )
Sebenarnya sebelum adanya pandemik Covid-19 di mukabumi ini kami sudah pun membuat urusan perbincangan dan kiriman dokumen secara atas talian sahaja tanpa perlu pelanggan keluar dari rumah pergi ke pejabat kami. Berurusan secara terus begini bukan sahaja lebih mudah malah lebih cepat, lebih jimat dan yang terpenting adalah lebih selamat daripada persekitaran virus merbahaya ini.