Sejak
kebelakangan ini apabila harga rumah semakin meningkat di pasaran, tanah-tanah
yang dahulunya adalah tanah pertanian untuk kebun getah atau kelapa sawit yang
sudah tidak produktif lagi semakin menjadi pilihan dijadikan tapak bagi rumah
kediaman.
Bagi
tanah pertanian yang telah pun ditukar status menjadi tanah kediaman atau
bangunan mungkin tidak timbul masalah kerana menjadi syarat wajib disediakan
satu rezab jalan lebar 40 kaki untuk dijadikan laluan keluar masuk bagi setiap
pemilik tanah Tetapi yang sering menjadi isu bagi pemilik tanah yang hanya
berkongsi hakmilik dalam tanah yang masih berstatus pertanian adalah laluan
untuk keluar masuk. Apalagi kalau tanah bahagiannya berada di sebelah belakang
lot tanah tersebut. Untuk membina sebuah rumah mungkin tidak ada masalah tetapi
untuk laluan keluar masuk ke rumahnya dari jalan besar ini yang bermasalah. Oleh
sebab tidak pernah dibuat satu pelan pecahan bahagian tanah yang siap sedia
satu rezab jalan bagi kegunaan semua pemilik seringkali pemilik tanah yang
berada di bahagian hadapan akan membina rumah dengan menutup habis tanah bahagiannya.
Dia tidak mahu kerugian akibat daripada perlu memberikan sebahagian tanahnya untuk
dijadikan sebagai jalan masuk bagi pemilik di belakang. Oleh sebab dia tak
perlukan jalan masuk untuk ke rumahnya jadi inilah yang menjadi punca atau isu
sebab apa dia kena bagi tanah untuk buat jalan sedangkan dia tak perlu guna pun
jalan tersebut. Pemilik tanah dibelakang perlu lalu atas tanah bahagiannya
tetapi dia tidak pula perlu lalu atas tanah sesiapa untuk keluar masuk dari
rumahnya. Jadi dia berasa tidak adil jika dia perlu korbankan tanah bahagiannya
untuk dijadikan sebagai jalan masuk. Dengan harga pasaran tanah dan rumah pada
waktu sekarang dinilai dalam keluasan kaki persegi, dia akan kerugian berpuluh
ribu ringgit jika dia perlu berikan sebahagian tanahnya untuk dijadikan jalan
masuk yang dia sendiri tak guna walaupun hanya selebar 10 kaki.
Isu
jalan masuk inilah yang seringkali menjadi punca perbalahan dan pergaduhan sesama
pemilik tanah yang berkongsi hakmilik.
Mungkin
kebanyakan pembaca atau pemilik tanah tidak tahu yang sebenarnya dalam akta
Kanun Tanah Negara di bawah seksyen 390, pemilik tanah boleh membuat permohonan
rasmi kepada pihak pentadbir tanah untuk mewujudkan satu laluan bagi kegunaan
pemilik tanah.
Permohonan
ini perlulah dibuat sendiri oleh pemilik tanah dengan lampiran :
Borang
28A atau 28C ( 3 salinan )
Sijil
Carian Rasmi ( 1 salinan yang asal )
Geran
Tanah ( 1 salinan )
Cukai
semasa ( 1 salinan )
Dan
pelan lakaran kedudukan jalan ( 5 salinan )
Sila
rujuk foto gambarajah dibawah untuk carta aliran tindakan yang akan dibuat oleh
pihak pentadbir tanah / pejabat tanah.
______________________________________________________________
Seperti biasa jika anda ada keperluan untuk membuat apa-apa urusan ukur tanah ke atas tanah anda bolehlah hubungi kami melalui saluran yang telah diberikan disini. Untuk lebih mudah kirim sahaja pertanyaan tersebut melalui telefon dengan kiriman mesej melalui aplikasi WhatsApp ke nombor :
( klik nombor di bawah )
SEKIAN,
TERIMA KASIH