Sabtu, 29 Jun 2024

PECAH BAHAGIAN : MENGIRA LUAS TANAH SEBENAR BAHAGIAN MASING-MASING DALAM GERAN BERKONGSI HAKMILIK

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



( updated 2024 )

Di dalam dokumen geran tanah atau sijil carian rasmi mahupun carian persendirian yang membabitkan lot tanah yang ada banyak pemilik, keluasan tanah setiap pemilik akan ditulis dalam format pecahan bahagian. Walau pun lot tanah tersebut hanya mempunyai 1 pemilik sahaja luas tanah yang menjadi hakmiliknya tetap juga akan ditulis secara pecahan bahagian. Keluasan tanah tidak ditulis dengan nilai luas tanah sebenar dalam unit Hektar, Ekar, Relung, meter persegi atau kaki persegi.


Contohnya :-

1.) Lot tanah luas 2 ekar dengan 1 pemilik sahaja

Luas hakmilik akan ditulis sebagai : ( 1/1 ) bahagian

 
2.) Lot tanah luas 2 ekar dengan 4 pemilik berkongsi

Luas pemilik A ( 1 ekar ) ditulis : ( 1/2 ) bahagian

Luas pemilik B ( ½ ekar ) ditulis : ( 1/4 ) bahagian

Luas pemilik C ( ¼ ekar ) ditulis : ( 1/8 ) bahagian

Luas pemilik D ( ¼ ekar ) ditulis : ( 1/8 ) bahagian
 

Untuk mengetahui keluasan tanah sebenar setiap pemilik dalam unit luas yang tertentu, perlulah dikira secara kiraan matematik mudah dengan formula asas begini :

( Luas BAHAGIAN ) x ( Luas LOT )



-------------------------------------------------



Rujuk fakta dalam foto lampiran ( 1 ) di atas
( klik foto untuk zoom pembesaran )

-------------------------------------------------


( LUAS LOT ) 

Luas lot 4104 yang ditulis dalam geran tanah adalah : 1.0345 Hektar

FORMULA PERSAMAAN NILAI LUAS TANAH

( 1 Hektar =  2.471 ekar = 10,000 mp = 107,639 kp )


Maka luas LOT 4104 dalam unit lain adalah :

Dalam unit EKAR : 
( 1.0345 hek ) X ( 2.471 ) 
= 2.556 Ekar

Dalam unit METER PERSEGI ( mp ) : 
( 1.0345 hek ) X ( 10,000 ) 
= 10,345 mp

Dalam unit KAKI PERSEGI ( kp ) : 
( 1.0345 hek ) X ( 107,639 ) 
= 111,353 kp

-------------------------------------------------

Sekarang rujuk pula pada fakta hakmilik
tanah tersebut dalam foto lampiran ( 2 ) di bawah.
-------------------------------------------------


Fakta dalam foto lampiran ( 2 )
( klik foto untuk zoom pembesaran )

---------------------------------------------

NOTA:-

Di dalam setiap dokumen Geran Tanah atau pun sijil Carian Rasmi atau Carian Persendirian, bahagian mukasurat ke 2 adalah merujuk kepada butiran maklumat rekod KETUAN PUNYAAN atau pun HAKMILIK ke atas tanah tersebut. Nama setiap pemilik tanah akan ditulis beserta dengan luas bahagian yang menjadi hakmiliknya dalam unit pecahan matematik.

Dengan tersiarnya artikel ini, harapan penulis para pembaca akan faham cara kiraan yang betul untuk mengira luas tanah bahagian masing-masing. Dan selepas ini penulis tidak akan melayan dan menjawab lagi sebarang pertanyaan daripada sesiapa pun yang minta penulis tolong kirakan luas tanah bahagian yang menjadi hak milik mereka.

---------------------------------------------

( LUAS BAHAGIAN )

Butiran hakmilik tanah Lot 4104 adalah seperti berikut :

Pemilik ( 1 ) :         ( 249 / 1636 ) bahagian

Pemilik ( 2 ) :        ( 498 / 1636 ) bahagian

Pemilik ( 3 ) :        ( 249 / 1636 ) bahagian

Pemilik ( 4 ) :       ( 32 / 409 ) bahagian

Pemilik ( 5 ) :        ( 32 / 409 ) bahagian

Pemilik ( 6 ) :        ( 32 / 409 ) bahagian

Pemilik ( 7 ) :        ( 32 / 409 ) bahagian

Pemilik ( 8 ) :        ( 32 / 409 ) bahagian

---------------------------------------------------

CARA MENGIRA LUAS TANAH SEBENAR 

( Luas BAHAGIAN ) X ( Luas LOT )


1.) Luas tanah sebenar Pemilik 1 :  ( 249 / 1636 ) bahagian

a.) Dalam unit  HEKTAR :
( 249 bahagian 1636 ) darapkan ( 1.0345 hektar
= 0.1574 hektar

b.) Dalam unit  EKAR :
( 249 bahagian 1636 ) darapkan ( 2.556 ekar
= 0.389 ekar

c.) Dalam unit  METER PERSEGI ( mp ) :
( 249 bahagian 1636 ) darapkan ( 10,345 mp 
= 1,574.5 meter persegi

d.) Dalam unit  KAKI PERSEGI ( kp ) :
( 249 bahagian 1636 ) darapkan ( 111,353 kp
= 16,948 kaki persegi


2.) Luas tanah sebenar Pemilik 8 :  (32 / 409) bahagian

a.) Dalam HEKTAR
( 32 / 409 ) x ( 1.0345 hektar
= 0.0809 hektar

b.) Dalam EKAR
( 32 / 409 ) x ( 2.556 ekar
= 0.1999 ekar

c.) Dalam METER PERSEGI 
( 32 / 409 ) x ( 10,345 mp  ) 
= 809.4 meter persegi

d.) Dalam KAKI PERSEGI 
( 32 / 409 ) x ( 111,353 kp
= 8,712 kaki persegi

---------------------------------------------


Berpandukan kepada contoh kiraan luas sebenar bahagian tanah bagi Pemilik ( 1 ) & ( 8 ) di atas, cubalah anda kira pula luas sebenar bahagian tanah yang menjadi hak milik kepada pemilik-pemilik yang lain bagi Lot 4104 tersebut.

Jika anda faham cara mengira dan menggunakan formula serta pertukaran nilai dari satu unit ke unit luas yang lain yang betul seperti yang telah ditunjukkan dalam contoh pengiraan di atas, pasti anda akan mendapati bahawa tidak sukar untuk membuat pengiraan untuk mendapatkan nilai sebenar luas setiap bahagian tersebut.

Tetapi jika anda masih tak faham maka anda perlu ulangi membaca artikel ini dan buat latihan pengiraan berulang kali sehingga anda faham dan dapat jawapan yang sama dengan apa yang telah ditunjukkan di atas.

Berusahalah... ya

Sekian dahulu untuk kali ini semoga kita berjumpa lagi di lain-lain topik yang masih lagi berkenaan Ukur Tanah dan juga Lot Tanah pada masa hadapan.

----------------------------------------------

Sebarang pertanyaan mengenai pengiraan, penjelasan lanjut, perkhidmatan ukur tanah atau berminat nak dapatkan sebutharga ukur tanah, kirim saja melalui mesej aplikasi WhatsApp 

< Klik butang bawah >


----------------------------------------------


Dan bagi yang nak dapatkan sebutharga kerja ukur tanah, untuk lebih faham cara berurusan, senarai maklumat dan dokumen yang diperlukan serta anggaran harga boleh baca dan buat semak dalam artikel yang telah disediakan melalui pautan dibawah 

< klik bawah >



----------------------- Jurukur Tanah Klang @ 2024 -------------------- 


Khamis, 27 Jun 2024

PERKHIDMATAN KAMI




( Dahulu dikenali sebagai Jurukur Tanah Bagan )

PERKHIDMATAN JURUKUR TANAH PROFESIONAL


1.) Jurukur Pejabat / Office Surveyor :
Jurukur Tanah yang membuat khidmat perundingan, khidmat nasihat, perbincangan dan penyediaan dokumen

2.) Jurukur Lapangan / Field Surveyor :
Jurukur Tanah yang membuat kerja pengukuran di tapak lokasi tanah yang terlibat








PERKHIDMATAN MELUKIS PELAN TANAH


Perkhidmatan melukis pelan sama ada pelan bagi kerja ukur tanah yang telah dibuat atau pelan yang tak perlu dibuat kerja pengukuran.


2 FORMAT PELAN YANG BERBEZA


i.) PELAN BIASA : saiz sederhana untuk kegunaan sendiri

ii.) PELAN RASMI : saiz standard ikut keperluan untuk urusan rasmi pelanggan

* Perbezaan Pelan RASMI dengan Pelan BIASA selain daripada saiz pelan dalam pelan rasmi terdapat Pelan Tapak, Pelan Kunci, Pelan Lokasi, Petunjuk, butiran yang berkenaan serta endorsement pengesahan Jurukur Tanah Berlesen.






KAWASAN PERKHIDMATAN KAMI


SEKITAR
KUALA LUMPUR & SELANGOR


KAWASAN KEUTAMAAN KAMI ADALAH DI DAERAH KLANG DAN DAERAH PANTAI NEGERI SELANGOR


KERJA UKUR TANAH YANG KAMI BUAT



i.) UKUR DEMARKASI : Ukur tanda sempadan lot atau sempadan bahagian serta sempadan rezab jalan

ii.) UKUR TOPOGRAFI : Ukur aras tinggi rendah tanah tapak lokasi

iii.) UKUR BUTIRAN : Detail survey @ butiran benda kekal yang ada di lokasi

iv.) UKUR KEJURUTERAAN : Engineering / Construction Survey / kerja pengukuran setting out lokasi piling, tiang, sesiku atau bucu bangunan, cerun / slope, jajaran jalan dan lain-lain 

v.) PEMBAHAGIAN TANAH
Samada tanah pemilik yang berkongsi geran tanah, tanah keluarga, tanah warisan pusaka, pewaris Faraid atau Hibah serta bahagian tanah yang terlibat dengan urusan jualbeli


KERJA UKUR TANAH KEUTAMAAN KAMI


PENYEDIAAN PELAN CADANGAN PECAHAN BAHAGIAN SERTA CARI DAN TANDA SEMULA BATU SEMPADAN LOT ATAU SEMPADAN PECAHAN BAHAGIAN PEMBAHAGIAN TANAH DALAM LOT YANG ADA BANYAK NAMA BERKONGSI GERAN TANAH


Kerja yang menjadi bidang keutamaan dan kepakaran kami adalah dalam urusan cari dan tanda semula batu sempadan lot serta kerja ukur dalam urusan pembahagian tanah dengan penyediaan pelan cadangan pecahan bahagian sebelum diukur tanda di atas tanah.

Proses pembahagian tanah samada tanah keluarga atau tanah pusaka yang dibuat secara faraid, hibah atau keluasan bahagian yang tertentu mengikut kemahuan pemilik tanah serta pembahagian tanah yang terlibat dalam urusan jualbeli.

Samada hendaklah ditandakan tanah salah satu bahagian sahaja atau ditandakan setiap bahagian yang berkongsi tanah, kedua-dua pun kami boleh buat untuk anda.





_________________________________


Pertanyaan atau penjelasan lanjut mengenai Perkhidmatan Ukur Tanah lebih mudah dan lebih cepat dengan hubungi kami melalui aplikasi WhatsApp :

( klik bawah )


_________________________________


Bagi yang berminat hendak mendapatkan sebut harga kerja ukur tanah untuk memudahkan anda lebih faham dengan cara kami berurusan dengan pelanggan serta maklumat dan dokumen yang perlu dihantar sila baca dengan klik pautan di bawah :

( klik bawah )

FAQ's : SEBUTHARGA UKUR TANAH

______________________________________


NOTA KAKI

Terdapat lebih 60 tajuk artikel berkenaan ukur tanah, peraturan bagi pengurusan tanah serta senarai semak dan syarat keperluan bagi setiap urusan melibatkan Pejabat Tanah Daerah yang boleh didapati di MENU ( Senarai Artikel )


( klik untuk kembali ke MENU UTAMA )

_________________________________
Jurukur Tanah Klang @ 2024

PENANDAAN REZAB JALAN MASUK KE LOKASI TANAH

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 


Selain daripada kerja ukur bagi penandaan sempadan lot dan sempadan bahagian tanah dalam lot yang mempunyai ramai pemilik berkongsi geran tanah, kami dan jurukur tanah yang lain juga boleh membuat kerja carian dan ukuran bagi penandaan rezab jalan masuk yang sedia ada atau penandaan jajaran jalan masuk dengan lebar yang dikehendaki oleh pelanggan.

Tidak semua tanah yang bergeran dan yang mahu dibangunkan berada bersebelahan dengan jalan yang telah sedia ada boleh dilalui untuk pergi ke lokasi tanah tersebut. Pemilik tanah juga tidak boleh sesuka hati membuka jalan di atas tanah lot hak pemilik lain. 

Untuk mengelakkan isu perlanggaran sempadan atau pencerobohan tanah orang serta kerugian pada masa hadapan, jalan masuk untuk ke lokasi tanah pemilik perlulah dibuat di dalam rezab jalan yang sedia ada tapi jalan belum ada.

Jurukur tanah boleh membantu pemilik tanah dengan membuat carian dan cadangan pilihan arah jajaran jalan yang boleh dibuat dan dapat bersambung ke jalan yang sudah sedia ada ( rujuk foto lampiran contoh di atas ). 

Kadar harga bagi kerja ini bergantung kepada jumlah keluasan tanah rezab jalan tersebut atau jumlah jarak jauh jalan yang perlu diukur serta lain-lain faktor seperti lokasi, bentuk mukabumi dan lain-lain faktor yang sama seperti kerja ukur untuk penandaan sempadan tanah.

Secara asas bagi keluasan tanah 1 ekar yang pertama atau sebahagiannya untuk penandaan rezab jalan atau bagi penandaan jajaran jalan berjarak 200m atau sebahagiannya, kadar harga kami adalah RM 800. Jikalau luas rezab jalan tersebut melebihi 1 ekar atau jarak jalan masuk tersebut melebihi 200m baru ada tambahan harga pada kadar RM 4 / per meter. Faktor lokasi dan bentuk mukabumi juga akan diambilkira dan ditentukan samada terdapat kos tambahan atau tidak sama seperti untuk kerja penandaan sempadan tanah.

Sudah tentulah di antara 2 kawasan tanah yang berlainan keadaan, lokasi dan bentuk mukabumi kadar harga tidak boleh sama walaupun luas tanah atau jumlah jarak sama. Faktor-faktor yang menambah kepayahan bagi kami dalam membuat kerja perlulah diambilkira dan akan ditambahkan dalam jumlah harga.

Pemilik tanah yang berminat boleh hubungi kami bagi perbincangan dan seterusnya mendapatkan sebutharga bagi kerja pengukuran rezab jalan dan jajaran jalan masuk yang anda perlukan.

 

TERIMA KASIH

------Jurukur Tanah Klang @ 2024 -----