Rabu, 4 Mei 2016

MEMBUAT STATION CONTROL POINT SECARA RESECTION



( KLIK FOTO UNTUK ZOOM BESARKAN )

Mengikut amalan biasa ukur tanah apabila hendak membuat satu ‘station control point’ ( stn / cp ), alat ukur iaitu alat total station perlu dipasang dan disetkan di atas satu station yang telah sedia ada dan kemudiannya di ikat bearing belakang ( back bearing ) kepada station yang lain yang ada di belakangnya. 

Contohnya seperti gambarajah di atas, jurukur akan memasang alat total station di atas station 2 kemudian bearing belakang di ikat kepada station 1. Selepas itu barulah satu station baru iaitu station 3 dibuat dan dibaca observation bearing, vertical* dan jaraknya ( slope distance* & horizontal distance ).

* tujuan dibaca vertical dan slope distance adalah untuk mengira ketinggian aras laras station tersebut secara tackymeter.

Ahad, 17 April 2016

GRADIAN ATAU KECERUNAN BAGI SLOPE BUKIT DAN JALAN


Di dalam kerja Ukur Kejuruteraan bagi kerja tanah / 'earthwork' iaitu kerja-kerja penyediaan tapak pembinaan samada dalam projek pembinaan bangunan, taman-taman perumahan, empangan dan juga jalan atau lebuhraya, pasti akan ada tempat-tempat tertentu yang perlu dibuat cerun atau lebih mudah disebut sebagai 'slope'.

Jika kawasan tapak pembinaan itu merupakan kawasan berbukit, apabila melakukan kerja pemotongan tanah bukit, slope-slope yang perlu dibuat mungkin akan bertingkat tingkat tingginya. Setiap slope itu akan mempunyai 'gradian' atau 'kecerunan' tersendiri yang telah ditandakan di dalam pelan oleh jurutera rekabentuk bertujuan menjamin kestabilan tanah bukit itu selepas kerja pemotongan tanah dilakukan.

Gradian atau kecerunan slope ini akan ditandakan dengan kadar nisbah antara 'ketinggian' dan 'jarak' dari kepala slope ( top ) dengan kaki slope ( toe ).

Jumaat, 4 Mac 2016

KISAH DAN TAULADAN : HUKUMAN 'CURI' 2KG MILO BAGI MEMENUHI KEINGINAN ANAK


Gara-gara memenuhi permintaan anak berumur 2 tahun untuk minum Milo, seorang ibu dihukum penjara sehari dan denda 
RM 200 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini kerana mencuri sepaket Milo di sebuah pasar raya di Kuala Lumpur.

Majistret memerintahkan suri rumah yang berusia 36 tahun tersebut yang tidak diwakili peguam, menjalani hukuman penjara 5 hari sekiranya gagal membayar denda. Dia tidak membayar denda itu.

"Maafkan saya puan Majistret. Saya mencuri Milo itu kerana anak saya yang berumur 2 tahun terlalu teringin minum Milo" katanya dalam keadaan sebak semasa memohon hukuman diringankan.