28 Mei 2025

JURUKUR TANAH BUKANLAH KAKITANGAN PEJABAT TANAH ATAU JURUNILAI HARTANAH

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 



 UPDATED 2025 )

Kalau dahulu penulis banyak terima pertanyaan dan permintaan berkenaan jarak dan luas tanah dari satu unit ukuran ditukar nilainya ke unit yang lain. Biasanya dari satu unit lama yang ditulis dalam dokumen geran tanah sesetengah negeri dalam relung, depa, jempa & hektar ditukar kepada unit yang lebih mudah difahami seperti ekar, meter atau kaki. Tapi setelah penulis perjelaskan dalam 2-3 artikel, sudah tidak banyak lagi pertanyaan yang penulis terima berkenaan unit-unit ukuran tersebut. Samada pembaca mulai faham cara pengiraan yang betul atau pun akibat daripada penulis tidak lagi melayan permintaan sebegitu, tak tahulah tapi hasilnya amat jarang sekali penulis terima pertanyaan pada waktu kini dibanding dengan waktu dahulu.

Bagi pembaca yang masih lagi belum faham cara pengiraan yang betul, sila rujuk dan baca perlahan lahan hingga faham contoh-contoh pengiraan yang terdapat dalam artikel yang telah penulis terbitkan berkenaan ‘Unit Ukuran Bagi Jarak & Luas Tanah’ dengan klik link di bawah.


"UNIT UKURAN BAGI JARAK & LUAS TANAH"

 

Pada waktu sekarang pertanyaan yang banyak penulis terima yang tidak bersangkutan dengan kerja ukur tanah lebih merupakan peraturan-peraturan dan garis panduan bagi permohonan yang dalam bidang kuasa pihak pejabat tanah daerah atau pentadbir tanah negeri.

Perlu anda tahu, urusan tanah adalah urusan pihak kerajaan negeri bukan urusan kerajaan pusat dan diuruskan secara berasingan bagi setiap daerah. Anda tidak boleh melakukan urusan tanah yang berada dalam daerah Gombak, Hulu Langat, Petaling atau Hulu Selangor di pejabat tanah daerah Klang. 

Walaupun berada dalam satu pentadbiran kerajaan negeri yang sama iaitu Selangor tetapi urusan tanah dalam mana-mana daerah perlu dan hanya boleh dibuat di pejabat tanah daerah itu sahaja tidak boleh dibuat di pejabat tanah daerah lain. Walaupun menggunakan undang-undang Kanun Tanah Negara yang sama tapi perlaksanaan atau peraturan ada sedikit perbezaan bagi setiap daerah. Dalam kebanyakan urusan tanah, pihak jurukur tanah hanya terbabit jika permohonan tersebut memerlukan lampiran pelan yang diukur dan disediakan oleh jurukur tanah sahaja.

Ada banyak kekeliruan berkenaan tugas dan bidang yang membabitkan jurukur tanah. Contohnya jika ada mana-mana pemilik tanah yang mahu membina rumah, jurukur tanah hanya terbabit dalam urusan penandaan dan pengesahan sempadan lot sahaja. Permohonan kelulusan untuk merancang pembinaan perlulah dibuat oleh pihak arkitek. 

Begitu juga jika ada mana-mana pemilik tanah yang mahu menukar syarat kegunaan tanah, permohonan tersebut perlulah dibuat oleh pemilik tanah dengan lampiran pelan serta laporan perancangan yang disediakan oleh pihak perancang bandar bertauliah bukan jurukur tanah. Jurukur tanah hanya menyediakan data dalam bentuk pelan ukuran demarkasi penandaan sempadan lot, ukuran topografi dan butiran bentuk sebenar mukabumi serta segala benda kekal yang terdapat dalam lot berkenaan sahaja. Daripada data yang diukur tersebut barulah pihak arkitek dan perancang bandar membuat perancangan dan menyediakan satu laporan dan pelan yang akan dimasukkan dalam permohonan bagi mendapatkan kelulusan dan kebenaran daripada pihak berkuasa.

Demikian juga dalam urusan menilai harga tanah. Seringkali disalahtafsir bahawa jurukur tanahlah yang membuat penilaian ini. Yang sebenarnya kerja menilai harga tanah adalah urusan pihak ‘Jurunilai Hartanah Bertauliah’ atau ‘valuever’ sepertimana urusan menilai harga rumah jika mahu memohon gadaian atau pinjaman atau jika mahu menuntut gantirugi insuran bagi kerosakan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan. Pihak jurunilai inilah yang akan menyediakan laporan daripada pemeriksaannya dan seterusnya menentukan nilai pasaran untuk rumah atau tanah tersebut.

Jurunilai Hartanah Bertauliah dapat dihubungi secara mudah melalui nombor-nombor telefon yang diletakkan pada pagar atau dinding rumah serta bangunan yang kosong yang hendak disewa atau dijual. Selain menjadi agen untuk urusan jualbeli hartanah pihak syarikat hartanah inilah juga yang ada tauliah untuk menyediakan laporan bagi membuat penilaian harga mana-mana bangunan atau bidang tanah yang bukan hakmilik kerajaan.

Diharap dengan penerangan ini pembaca akan lebih faham bahawa tidak semua urusan tanah itu membabitkan jurukur tanah. Penyediaan laporan perancangan dan penilaian harga tanah bukan bidang kerja jurukur tanah tetapi jika memerlukan satu kerja ukuran atau pemetaan dibuat itu barulah menjadi bidang tugas jurukur tanah.     

________________________________________________


 Jika anda ada keperluan untuk membuat urusan ukur tanah bolehlah hubungi kami melalui saluran yang telah diberikan disini. Untuk lebih mudah kirim sahaja melalui mesej aplikasi WhatsApp dengan klik pada pautan nombor di bawah :

( klik nombor di bawah )


012-3949064 ( JT Klang )

  

SEKIAN

TERIMA KASIH

13 Disember 2024

UNIT UKURAN : UNIT RANTAI DAN LING ( CHAIN & LINK )

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

UNIT RANTAI DAN LING ( CHAIN & LINK )

Kepada yang masih keliru atau tak tahu. Unit bagi jarak panjang & lebar garisan sempadan tanah yang ditulis di dalam pelan geran tanah dan pelan PA ( baru ) serta pelan CP ( lama ) hanya dalam 2 unit sahaja. Dalam pelan yang lama unit Link ( atau Ling ). Dan dalam pelan yang baru unit Meter. Dalam pelan tanah tak ada lain unit yang digunakan kecuali yang 2 ini sahaja.

SOALAN : Apakah sebenarnya unit Ling ini dan apakah alat ukuran yang digunakan untuk mengukur jarak tanah pada waktu dahulu.

JAWAPAN : Satu rantai besi panjang yang terdapat 100 sambungan. Setiap 1 sambungan itulah berjarak 1 ling dan setiap 100 sambungan pula berjarak 1 Rantai ( atau Chain )

Sila rujuk foto lampiran.....





Teruskan membaca untuk mengetahui cara dan formula yang betul untuk menukar nilai jarak dalam unit Rantai & Ling kepada unit 'meter' dan 'kaki'

CARA MEMBUAT LEVELING DALAM PROJEK MEMBINA BANGUNAN


( Diterbitkan pada 2014 diupdatekan pada 2024 )

Asas membuat leveling menggunakan alat dumpy level adalah dengan membaca ketinggian setaf pada TBM dan kemudiannya membaca pula ketinggian setaf pada ‘Change Point’ ( CP ).

Cara membuat leveling adalah seperti yang ditunjukkan pada gambarajah di atas. Pertama sekali jurukur perlu memasang alat dumpy level pada kedudukan di tengah-tengah di antara TBM dan juga CP1. Jikalau keadaan mukabumi adalah berbukit tidak rata pastikan bahawa tempat untuk memasang alat level itu boleh nampak kedua-dua point TBM dan juga CP1 tersebut.

Diberikan contoh ketinggian RL TBM adalah : 5.250m dan bacaan ketinggian setaf pula adalah 3.550m. Setelah itu alat level dipusing dan dibacakan pula ketinggian setaf pada CP1 iaitu 0.655m.

CARA MENGIRA KETINGGIAN CP1
( Rujuk foto contoh di atas )


RL CP1 = ( RL TBM + tinggi setaf TBM ) – tinggi setaf CP1
RL CP1 = ( 5.250m + 3.550m ) – 0.655m
RL CP1 = 8.800m – 0.655m
RL CP1 = 8.145m


Teruskan membaca untuk mengetahui cara membuat bacaan ketinggian laras leveling setaf dan cara membuat kerja ukuran leveling bermula dari TBM yang berada di kawasan selamat di luar tapak pembinaan seterusnya dibawa naik ke lantai di tingkat atas