Isnin, 20 Mac 2023
UNIT UKURAN JARAK DAN LUAS TANAH
Sabtu, 4 Mac 2023
JURUKUR TANAH BUKAN KAKITANGAN PEJABAT TANAH DAERAH ATAU JURUNILAI HARTANAH
Kalau
dahulu penulis banyak terima pertanyaan dan permintaan berkenaan jarak dan luas
tanah dari satu unit ukuran ditukar nilainya ke unit yang lain. Biasanya dari
satu unit lama yang ditulis dalam dokumen geran tanah sesetengah negeri dalam relung,
depa, jempa & hektar ditukar kepada unit yang lebih mudah difahami seperti
ekar, meter atau kaki. Tapi setelah penulis perjelaskan dalam 2-3 artikel,
sudah tidak banyak lagi pertanyaan yang penulis terima berkenaan unit-unit
ukuran tersebut. Samada pembaca mulai faham cara pengiraan yang betul atau pun
akibat daripada penulis tidak lagi melayan permintaan sebegitu, tak tahulah
tapi hasilnya amat jarang sekali penulis terima pertanyaan pada waktu kini
dibanding dengan waktu dahulu.
Bagi
pembaca yang masih lagi belum faham cara pengiraan yang betul, sila rujuk dan
baca perlahan lahan hingga faham contoh-contoh pengiraan yang terdapat dalam
artikel yang telah penulis terbitkan berkenaan ‘Unit Ukuran Bagi Jarak &
Luas Tanah’ dengan klik link di bawah.
"UNIT
UKURAN BAGI JARAK & LUAS TANAH"
Pada
waktu sekarang pertanyaan yang banyak penulis terima yang tidak bersangkutan
dengan kerja ukur tanah lebih merupakan peraturan-peraturan dan garis panduan
bagi permohonan yang dalam bidang kuasa pihak pejabat tanah daerah atau
pentadbir tanah negeri.
Perlu anda tahu, urusan tanah adalah urusan pihak kerajaan negeri bukan urusan kerajaan pusat dan diuruskan secara berasingan bagi setiap daerah. Anda tidak boleh melakukan urusan tanah yang berada dalam daerah Gombak, Hulu Langat, Petaling atau Hulu Selangor di pejabat tanah daerah Klang.
Walaupun berada
dalam satu pentadbiran kerajaan negeri yang sama iaitu Selangor tetapi urusan
tanah dalam mana-mana daerah perlu dan hanya boleh dibuat di pejabat tanah
daerah itu sahaja tidak boleh dibuat di pejabat tanah daerah lain. Walaupun
menggunakan undang-undang Kanun Tanah Negara yang sama tapi perlaksanaan atau
peraturan ada sedikit perbezaan bagi setiap daerah. Dalam kebanyakan urusan
tanah, pihak jurukur tanah hanya terbabit jika permohonan tersebut memerlukan
lampiran pelan yang diukur dan disediakan oleh jurukur tanah sahaja.
Ada banyak kekeliruan berkenaan tugas dan bidang yang membabitkan jurukur tanah. Contohnya jika ada mana-mana pemilik tanah yang mahu membina rumah, jurukur tanah hanya terbabit dalam urusan penandaan dan pengesahan sempadan lot sahaja. Permohonan kelulusan untuk merancang pembinaan perlulah dibuat oleh pihak arkitek.
Begitu juga jika ada mana-mana pemilik tanah yang mahu menukar syarat
kegunaan tanah, permohonan tersebut perlulah dibuat oleh pemilik tanah dengan
lampiran pelan serta laporan perancangan yang disediakan oleh pihak perancang
bandar bertauliah bukan jurukur tanah. Jurukur tanah hanya menyediakan data
dalam bentuk pelan ukuran demarkasi penandaan sempadan lot, ukuran topografi dan
butiran bentuk sebenar mukabumi serta segala benda kekal yang terdapat dalam
lot berkenaan sahaja. Daripada data yang diukur tersebut barulah pihak arkitek
dan perancang bandar membuat perancangan dan menyediakan satu laporan dan pelan
yang akan dimasukkan dalam permohonan bagi mendapatkan kelulusan dan kebenaran
daripada pihak berkuasa.
Demikian
juga dalam urusan menilai harga tanah. Seringkali disalahtafsir bahawa jurukur
tanahlah yang membuat penilaian ini. Yang sebenarnya kerja menilai harga tanah
adalah urusan pihak ‘Jurunilai Hartanah’ atau ‘valuever’ sepertimana urusan
menilai harga rumah jika mahu memohon gadaian atau pinjaman atau jika mahu
menuntut gantirugi insuran bagi kerosakan kenderaan yang terbabit dalam
kemalangan. Pihak jurunilai inilah yang akan menyediakan laporan daripada
pemeriksaannya dan seterusnya menentukan nilai pasaran untuk rumah atau tanah
tersebut.
Diharap dengan penerangan ini pembaca akan lebih faham bahawa tidak semua urusan tanah itu membabitkan jurukur tanah. Penyediaan laporan perancangan dan penilaian bukan bidang kerja jurukur tanah tetapi jika memerlukan satu kerja ukuran dibuat itu barulah menjadi bidang tugas jurukur tanah.
________________________________________________
( klik nombor di bawah )
SEKIAN,
TERIMA KASIH
Selasa, 27 September 2022
UNIT UKURAN JARAK DAN LUAS TANAH ( BAHAGIAN 2 )
Jumaat, 25 Mac 2022
APLIKASI KALKULATOR CASIO FX-603P PRO2022 ANDROID
APLIKASI
KALKULATOR CASIO FX-603P PRO2022 ANDROID ( updated 1/4/2022 )
Tahukah
anda persamaan antara kalkulator Casio fx-603p dengan kereta Proton Arena.
Selain dari dua-dua barang ini sudah tak dikeluarkan lagi oleh pengilang, nilai
pasaran untuk dua-dua model ini sudah berlipat ganda pada waktu ini walaupun
sudah berusia lebih 30 tahun.
Tahun
1995 kali terakhir penulis dapat beli 3 unit FX-603p pada harga RM 180 setiap satu.
Sekarang jika ada walau seburuk mana pun asal masih boleh mengira, harganya
boleh mencecah 1 ribu lebih.
Sebenarnya
sejak tahun 2014 lagi kalkulator fx-603p ini sudah pun dibuat dalam bentuk
aplikasi Android. Tapi atas faktor ‘privacy & safety’, Google selaku
pemilik sistem operasi Android telah mempertingkatkan halangan dari masa ke
semasa dalam usaha untuk terus kekal mesra pengguna dan peniaga. Setiap kali
sistem operasi Android ini dipertingkatkan maka pihak pengeluar aplikasi turut
terpaksa melakukan perubahan pada aplikasi yang dikeluarkan mereka. Sekarang
sudah ada versi baru yang lebih mudah dan mesra pengguna dikeluarkan khas untuk
Android 10 ke atas. Versi Android 10 ke bawah yang lama masih boleh menginstal
aplikasi ini tetapi mungkin paparan pemuka akan kelihatan berlainan daripada
paparan Android 10 ke atas.
Dengan tersiap sedia 11 program asas untuk kegunaan Jurukur Tanah, pelukis pelan tanah dan pelajar yang terbabit dalam jurusan ukur tanah, ukur bangunan atau sains Geomatik, kami menawarkan aplikasi ini pada harga mampu milik : RM 50 sahaja.
Setiap pembelian
akan menerima satu pakej dengan nota-nota bercontoh cara install, cara setting
& load program serta nota cara penggunaan setiap program yang telah
tersedia ada dalam aplikasi ini. Selain dari 11 program telah tersedia ada,
masih terdapat ruang untuk pengisian 9 lagi program kosong dalam aplikasi ini.
Bagi yang telah mahir dengan kalkulator Casio fx-602p atau fx-603p klasik dan
ada mempunyai program sendiri, anda boleh saja memuat masuk program anda
tersebut dengan cara yang sama seperti memasukkan program dalam kalkulator Casio
Fx-603p klasik. Dan bagi yang tak pernah guna atau tak mahir dengan cara
penggunaan kalkulator Casio FX-603p samada yang klasik atau dalam versi android,
anda boleh memahirkan diri dengan membuat latihan cara penggunaan yang kami
sertakan dalam pakej versi ‘Pro2022’ ini.
Yang
berminat nak mendapatkan aplikasi ini boleh menghubungi kami secara kiriman
pertanyaan melalui Whatsapp ke nombor yang diberikan di bawah :
WhatsApp
ke : 012-394 9064 ( Nick JTB )
Dengan
keluarnya versi baru ‘Pro2022’ mulai bulan Mac, 2022 dengan ini aplikasi ‘Simulator
Casio FX-603p Android’ versi lama yang kali terakhir dinaiktaraf pada tahun
2019 yang lalu sudah diberhentikan pengeluarannya.
SEKIAN,
TERIMA KASIH
Selasa, 2 Mac 2021
UNIT UKURAN LAMA DALAM GERAN TANAH NEGERI TERTENTU
----------------------------------------------------------
Jika anda ada keperluan untuk membuat kerja ukur tanah atau hendak menyediakan pelan bagi pembahagian tanah anda bolehlah hubungi kami. Untuk lebih mudah kirim sahaja pertanyaan melalui mesej aplikasi WhatsApp dengan klik nombor di bawah.
( klik bawah )